Sekilas
- Daiyan Trisha dan rakan-rakannya tidak dapat makan di restoran Rembayung milik Khairul Aming kerana menjadi mangsa penipuan scammer.
- Walaupun kecewa, Daiyan tetap tenang dan reda kerana bulan puasa, sambil berharap scammer itu mendapat balasan setimpal.
- Daiyan juga berseloroh meminta Khairul Aming membantu menangkap scammer tersebut dan mendoakan nasib malang ke atas individu itu.
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha terpaksa reda apabila dia dan rakan-rakannya tidak dapat makan di restauran milik usahawan Khairul Aming iaitu Rembayung akibat kena tipu ‘scammer’.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Celeste Studio, Daiyan memberitahu dia dan rakannya bagaimanapun tetap kekal tenang biarpun menjadi mangsa penipuan.
“Sebab bulan puasa… kita reda sajalah. Ada terfikir (scam), sebab itu kita tenang. Tapi sesiapa yang scam orang tu, siaplah korang bulan puasa ini tak baik tau,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Jom Raya’ ini sempat berseloroh meminta Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA untuk menangkap individu yang menipu mereka.
Bukan itu saja, Daiyan turut bergurau mendoakan individu berkenaan berdepan dengan dugaan seperti stokin basah dan bantal tidur menjadi panas gara-gara menipu orang.
“Kami semua mangsa scam Rembayung. Khairul Aming… KA, kalau tengok ni KA… pergi tangkap orang yang scam kita tu.
“Saya harap orang yang scam kita itu stokin dia basah, lepas itu bantal dia panas, kalau hujan, biar air hujan itu masuk dalam kasut dia dan tak berhenti-henti basah sampai tiga jam,” kongsinya.
Sumber - TikTok