Sekilas
- Bella Astillah berkongsi momen bahagia dan ucapan terima kasih selepas seminggu bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
- Majlis pertunangan mereka dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat, dan media hiburan dengan pertukaran hantaran lima dan tujuh dulang.
- Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan Aliff Aziz dan dikurniakan dua anak hasil perkahwinan tersebut.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memuat naik luahan istimewa selepas seminggu mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerus Instagram (IG), Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah memuat naik beberapa momen bahagia sepanjang majlis pertunangannya dengan Syed Saddiq minggu lalu.
Di ruangan kapsyen, ibu kepada dua orang anak ini menyifatkan cincin yang menjadi tanda pertunangannya dengan Syed Saddiw adalah sekadar satu permulaan kepada perjalanan hidup mereka bersama.
Bella turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudah bertungkus lumus berusaha menjayakan majlis pertunangannya yang cukup indah.
“Cincin ini hanyalah permulaan kepada segalanya.
“Terima kasih kepada semua yang sudah menjadikan majlis ini satu kenyataan, Alhamdulillah,” tulisnya.
Sabtu lalu, Bella dan Syed Saddiq sah mengikat tali pertunangan yang hanya dihadiri beberapa tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakam terdekat dan beberapa media hiburan.
Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.
Untuk rekod, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram