Sekilas
- Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida, tidak risau jika kebaikannya dipergunakan oleh orang sekeliling.
- Dia berkongsi di Threads bahawa dia ikhlas dalam berkawan dan tidak takut dengan kemungkinan itu.
- Baru-baru ini, Cik B membuat kejutan dengan menghadiahkan iPad kepada bintang Talk to My Manager, Viviana, sempena ulang tahun kelahirannya.
Anak kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik tidak bimbang jika kebaikannya dipergunakan orang sekeliling.
Menerusi Threads, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan dia ikhlas berkawan dan tidak pernah takut dengan perkara tersebut.
“Ramai tanya Cik B takut tak orang gunakan Cik B. Tak.
“Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai, syukur. Kalau tidak pun tak mengapa,” kongsinya.
Terdahulu, Cik B menyorot perhatian apabila membuat kejutan buat bintang Talk to My Manager (TTMM2) iaitu Viviana dengan menghadiahkannya sebuah iPad bersempena ulang tahun kelahirannya.
Sumber: Threads