Skip to main content

Hiburan

Christy Ng Tak Balik Kampung, Sambut CNY Di Kuala Lumpur - “Sebab Semua Saudara Mara Dah Pindah Ke…”

ASTROGEMPAK Christy Ng

Sekilas

  • Usahawan dan pempengaruh Christy Ng tidak pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor untuk sambut Tahun Baharu Cina kerana keluarga sudah menetap di Kuala Lumpur.
  • Christy sudah buat persiapan makanan untuk perayaan lebih awal, tapi kerja mengemas rumah baru dibuat lewat kerana dia tiada pembantu rumah.
  • Christy memenangi anugerah Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025, mengalahkan sembilan calon lain.

Usahawan dan pempengaruh Christy Ng memberitahu dia tidak pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor untuk menyambut Tahun Baharu Cina. 

 

Menurut Christy, keputusan tersebut dibuat memandangkan ramai ahli keluarganya kini sudah menetap di Kuala Lumpur. 

 

“Untuk Tahun Baharu Cina saya tak balik kampung. Saya berasal dari Kluang, Johor tapi tahun ini saya tak balik kampung. 

 

“Sebab semua saudara mara dah pindah ke KL,” kata Christy kepada Gempak. 

 

Christy berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam kemuncak Gempak Most Wanted 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam baru-baru ini. 


Dalam pada itu, Christy Christy berkata persiapan perayaan dari segi makanan sudah dilakukan lebih awal, namun mengakui kerja mengemas rumah sering ditangguhkan.

 

“Untuk persiapan CNY, bab makan saya memang dah siapkan awal-awal. Cumanya, kemas rumah itu saja baru semalam saya buat. Sebab saya ini pemalas. 

 

“Saya tak ada orang gaji. Rumah sendiri, kena bersihkan sendiri,” ujarnya. 

 

Untuk info, Christy memenang anugerah Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025 sekali gus mengalahkan sembilan lagi calon lain. 

Anda mungkin berminat dengan

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Dendeng Nyet Berapi by Khairulaming

Dendeng Nyet Berapi by Khairulaming

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Hermanas Bawal Bushara

Hermanas Bawal Bushara

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement