Skip to main content

Hiburan

Ceddy Ang, Fimie Don & Nina Amin Antara 6 Finalis Fasa Pilot! Malaysian Host Wanted’ Kini Semakin Sengit

Malaysian Host Wanted

Sekilas

  • Enam peserta terbaik Malaysian Host Wanted diumumkan sebagai finalis selepas berjaya meyakinkan juri dengan idea rancangan televisyen masing-masing.
  • Mereka akan menerbit dan menghoskan episod pilot rancangan sendiri yang akan dinilai oleh juri profesional termasuk Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Datuk Aznil Haji Nawawi.
  • Penonton boleh mengundi peserta kegemaran di portal Gempak, dengan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Episod pertama Malaysian Host Wanted yang telak ditayangkan pada malam Khamis terus mencuri perhatian apabila enam peserta terbaik diumumkan sebagai finalis selepas berjaya meyakinkan juri dengan idea rancangan televisyen masing-masing.

 

Mereka yang terpilih ialah Ceddy Ang, Fimie Don, Daniel Cheang, Nina Amin, Meyra Khan dan Keanu Azman. 

 

Idea-idea yang dibentangkan di hadapan barisan juri bukan sahaja menampilkan keunikan personaliti setiap peserta, malah membuktikan pemahaman mereka terhadap keperluan kandungan televisyen masa kini. 

 

Kesemuanya tampil dengan idea yang segar, relevan dan berpotensi untuk diterbitkan. Kejayaan ini melayakkan mereka mara ke fasa paling mencabar dalam pertandingan ini.

 

Seterusnya, keenam-enam finalis bakal menerbit dan menghoskan rancangan mereka sendiri dalam bentuk episod pilot, sekali gus menguji keupayaan sebenar mereka sebagai hos profesional.

 

Setiap aspek akan dinilai, termasuk kawalan naratif, tempo rancangan dan gaya pengacaraan.

Episod-episod pilot ini akan diadili oleh barisan juri profesional industri seni tanah air yang terdiri daripada Awal Ashaari, Sherry Alhadad serta legenda pengacaraan negara, Datuk Aznil Haji Nawawi.

 

Penonton juga berpeluang untuk mengundi peserta kegemaran mereka di portal Gempak ( Malaysian Host Wanted ). 

 

Dengan cabaran yang semakin sengit, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

 

Malaysia Host Wanted bersiaran mulai 18 Disember, setiap Khamis, jam 11:30 malam di Astro Ria dan Sooka.

Must-Watch Video

Advertisement