Sekilas
- Maria Danisha Hakim, anak bongsu Abby Abadi dan Norman Hakim, beri penjelasan bahawa luahan hatinya di TikTok tidak berkaitan dengan isu keluarga mereka.
- Maria menegaskan tiada konflik dalam keluarganya dan menghargai sokongan yang diterima daripada orang ramai.
- Abby dan Norman pernah berkahwin dari 2002 hingga 2009 dan mempunyai tiga anak, termasuk Maria yang kini berusia 18 tahun.
Anak bongsu kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim tampil memberi penjelasan berkenaan luahan hatinya yang tular di media sosial.
Menurut Maria, perkongsiannya itu tiada kaitan dengan isu yang sedang melanda keluarganya kini.
“Saya ingin menjelaskan mengenai hantaran yang saya buat di TikTok. Hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa, terutamanya ahli keluarga saya.
“Jadi saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mereka. Saya dan keluarga berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang konflik antara kami.
“Saya menghargai segala kasih sayang dan sokongan yang anda berikan melalui komen dan mesej peribadi (DM). Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya.
Sebelum Maria mencuri perhatian apabila berkongsi hantaran berbentuk luahan hati menyatakan perasaannya tidak dihargai dipercayai selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam.
Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002, namun bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 18 tahun.