Skip to main content

Hiburan

“Bukan Sama Naik Atau Jadikan Kita Lebih Kufur” - Nora Danish Titip Nasihat Pemilihan Pasangan Hidup & Sahabat

Nora Danish

Sekilas

  • Nora Danish berkongsi pesanan penting tentang memilih pasangan hidup dan sahabat yang boleh menegur dan membawa perubahan positif.
  • Beliau menasihatkan supaya sentiasa berfikir sebelum membuat penilaian dan mengamalkan husnuzon dalam kehidupan.
  • Nora juga menegaskan bahawa cara kita melihat sesuatu perkara dengan mata hati boleh membantu mencapai ketenangan jiwa.

Perkongsian pelakon Nora Danish di Threads baru-baru ini menarik perhatian wargamaya apabila dia menitipkan pesanan mengenai kepentingan memilih pasangan hidup dan sahabat yang baik.

 

Menurut Nora, orang sekeliling memainkan peranan besar dalam membentuk diri seseorang, sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. 

 

Justeru, dia menasihatkan agar memilih insan yang sentiasa saling menegur dan mengajak ke arah perubahan positif.

 

“Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama-sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadikan kita lebih kufur.

 

“Belajar untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan. Tidak salah pun untuk husnuzon,” kongsinya.

 

Tambah Nora lagi, cara seseorang melihat sesuatu situasi juga mempengaruhi ketenangan hati.

 

“Lens kena tukar – cara kita melihat sesuatu perkara. Pandang dengan mata hati. Nescaya hati jadi lebih tenang,” katanya.

 

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada wargamaya yang bersetuju dengan pandangannya, malah ada yang menyifatkan kata-kata itu sebagai peringatan lembut buat diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement