Sekilas
- Pihak berkuasa Bali menahan bintang porno Bonie Blue dan 18 individu lain selepas serbuan di sebuah studio yang disyaki lokasi rakaman video lucah.
- Barang bukti seperti kamera, kenderaan pikap bertulis Bonnie Blue's BangBus, dan kondom ditemui semasa serbuan di Desa Perenan, Kecamatan Mengwi.
- Bonie Blue sebelum ini menjadi kontroversi selepas mendakwa melakukan seks dengan lebih 1,000 lelaki dalam tempoh 12 jam.
Pihak berkuasa Bali mengambil tindakan tegas apabila menangkap dan menahan bintang porno Bonie Blue kerana diduga melakukan aktiviti haram berkaitan bahan lucah di pulau terkenal itu.
Bonie atau nama sebenarnya, Tia Emma Billinger, 26, ditahan selepas pihak berkuas mengeledah sebuah studio yang didakwa menjadi lokasi aktiviti haram seperti rakaman seks yang berada di Desa Perenan, Kecamatan Mengwi, Kabupaten Badung, lapor Detik.com.
Ternyata selepas pengeledahan, pihak berkuasa menemui barang bukti seperti kamera, kenderaan pikap dengan tulisan Bonnie Blue's BangBus serta beberapa peralatan mencegah kehamilan seperti kondom.
Serbuan yang dilakukan juga telah menahan Bonnie bersama 18 yang lainnya termasuk lelaki serta wanita warga Indonesia dan Australia dengan usia lingkungan 19 sehingga 37 tahun.
“Pihak berkuasa mengesyaki tempat itu (studio) dijadikan lokasi produksi video lucah,” ujar pihak berkuasa.
Terdahulu bintang OnlyFans ini menjadi kontroversi selepas mendakwa melakukan seks bersama lebih 1,000 lelaki dalam tempoh 12 jam.