Skip to main content

Hiburan

Bintang Filem ‘Godfather’ Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Astro Gempak 148

Sekilas

  • Robert Duvall, legenda Hollywood dan pemenang Anugerah Oscar, meninggal dunia pada usia 95 tahun di kediamannya pada 15 Februari 2026.
  • Isterinya, Luciana Duvall, mengumumkan pemergian beliau dan mengenang dedikasi serta cinta mendalam Duvall terhadap seni lakon selama lebih enam dekad.
  • Duvall terkenal dengan peranan ikonik dalam filem The Godfather, Apocalypse Now, dan memenangi pelbagai anugerah termasuk Emmy dan Oscar sepanjang kerjayanya.

Dunia perfileman Hollywood diselubungi duka apabila legenda seni lakon, Robert Duvall dilaporkan meninggal dunia pada 15 Februari 2026 pada usia 95 tahun.

Pemergian aktor tersohor itu dimaklumkan isterinya, Luciana Duvall menerusi satu hantaran dalam Facebook. 

Menurutnya, Duvall menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka dalam keadaan tenang dan dikelilingi insan terdekat.

“Semalam kami mengucapkan selamat tinggal kepada suami tercinta, sahabat yang amat saya sayangi, dan salah seorang pelakon terhebat pada zamannya.

“Bob meninggal dunia dengan tenang di rumah, dikelilingi cinta dan ketenangan. Bagi dunia, dia ialah pelakon pemenang Anugerah Akademi, pengarah dan pencerita. Bagi saya, dia adalah segalanya,” tulisnya.

Luciana turut mengenang dedikasi suaminya terhadap dunia seni yang diceburinya selama lebih enam dekad.

“Cintanya terhadap kerjaya hanya setara dengan cintanya yang mendalam terhadap watak-watak yang dibawakan, hidangan enak dan menjadi tumpuan perhatian.

“Dalam setiap peranan yang dilakonkan, Bob memberikan sepenuh jiwa kepada watak-wataknya dan kepada kebenaran jiwa manusia yang mereka wakili. Dengan itu, dia meninggalkan sesuatu yang kekal dan tidak akan dilupakan oleh kita semua,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak keluarga berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada Duvall sepanjang bergelar anak seni.

“Terima kasih atas sokongan yang anda berikan kepada Bob selama bertahun-tahun dan atas ruang serta privasi yang diberikan kepada kami untuk meraikan kenangan yang ditinggalkannya,” ujarnya.

Sepanjang kerjaya gemilangnya, Duvall dikenali menerusi watak Tom Hagen dalam filem ikonik The Godfather dan The Godfather part II.

Robert turut mencipta impak besar menerusi peranan Leftenan Kolonel Bill Kilgore dalam filem Apocalypse Now.

Duvall pernah memenangi Anugerah Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Tender Mercies pada 1983. Selain itu, beliau turut meraih pelbagai pengiktirafan lain termasuk Anugerah Emmy menerusi lakonannya dalam siri Broken Tail.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

Bear Tale Finger Painting Book

Bear Tale Finger Painting Book

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement