Sekilas
- Video menunjukkan seorang wanita dipercayai Emma Maembong menyapa peminat di kelab malam menjadi tular sebelum pengesahan dibuat.
- DJ Kidd, yang dikatakan rapat dengan Emma, mengesahkan kehadiran aktres itu untuk menyokongnya bekerja sebagai deejay.
- Emma mengesahkan dia ke kelab malam untuk penggambaran video muzik dan melihat DJ Kidd bekerja.
Tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita yang dipercayai pelakon Emma Maembong menyapa peminat di dalam sebuah kelab malam baru-baru ini.
Sebelum Emma mengesahkan wanita itu adalah dirinya, kebanyakkan berita menyunting foto aktres tersebut menjadi ‘blur’ disebabkan tiada pengesahan lagi.
Lelaki yang kini dipercayai sedang rapat dengan Emma, DJ Kidd tampil memberitahu kehadiran aktres itu bagi menyokong dirinya yang bekerja sebagai deejay kelab malam.
Meninggalkan komen di Instagram sebuah portal hiburan, DJ Kidd sempat berseloroh mengatakan dia akan membawa Emma ke sungai selepas bertukar kerjaya menjadi nelayan.
“Tak payah blur muka pun… biarla dia nak support bakal suami dia spin. Tunggu saya jadi nelayan nanti saya bawa dia pergi sungai pula,” tulis DJ Kidd.
Sebelum ini, Emma menerusi Instastory mengesahkan dirinya pergi kelab malam untuk menjalani penggambaraan video muzik selain ingin melihat DJ Kidd sedang bekerja.