Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Pernah Membezakan Anak-Anak, Sayang Semua Saja” - Abby Abadi

Astro Gempak 340

Sekilas

  • Abby Abadi menegaskan dia tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya walaupun ada dakwaan sebaliknya di media sosial.
  • Penjelasan itu dibuat selepas isu mengenai keputusan SPM anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, yang tidak dimuat naik di akaun media sosial Abby.
  • Maria Danisha mendapat perhatian ramai selepas luahan isi hatinya di TikTok mengenai usaha dan kepedihan yang dialami, serta menerima ucapan tahniah atas keputusan cemerlang SPM.

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menegaskan dia tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya meskipun timbul dakwaan dalam kalangan wargamaya baru-baru ini.

Penjelasan itu dibuat menerusi perkongsian di Threads selepas timbul isu kononnya dia tidak memuat naik mengenai keputusan SPM anak ketiganya, Maria Danisha Hakim. 

“Ps. Saya tak pernah membezakan anak-anak. Sayang semua saja je. Baik yang kecil, baik yang besar. Semua sama.

bdbd

“Tak ada yang terlebih, tiada yang terkurang. Kalau nampak banyak cerita anak itu anak ini, kan media yang buat berita… saya layan saja,” tulisnya.

Terdahulu, perkongsian Danisha di TikTok mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya apabila dia meluahkan isi hati menyentuh perasaan mengenai usaha serta kepedihan yang dipendam.

Luahan tersebut meraih perhatian ramai yang turut berasa sebak selain mengucapkan tahniah atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Must Watch Video

Advertisement