Skip to main content

Selebriti

“Berkat RM300 Itu, Hidup Saya Berubah 360 Darjah” – Syatilla Melvin

Syatilla kenang momen hidup susah

Sekilas

  • Syatilla Melvin berkongsi pengalaman berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2009 dengan hanya RM300 daripada ibunya sebagai modal hidup.
  • Dia memilih untuk berdikari tanpa meminta wang tambahan daripada ibu bapa walaupun menghadapi kesukaran hidup di Shah Alam.
  • Syatilla percaya rezeki dan usaha sendiri membawanya ke kehidupan yang lebih stabil sehingga kini.

Pelakon, Syatilla Melvin akui dirinya pernah berdepan dengan cabaran dalam kehidupan sebelum berjaya membina kehidupan yang lebih stabil.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Syatilla mengimbas kembali momen dirinya berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009 dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM300 daripada ibunya.

“Okay nak tanya achievement hampa pula, apa yang terpaling membanggakan? Tilla?

“Aku cuma SPM, 2009 pertama kali datang kL, ibu bagi RM300 sahaja untuk pandai pandai hidup.

“Naik bas dari Parit Buntar. Sejak itu aku 1 sen tak pernah call minta duit dekat mak ayah walaupun aku susah sangat nak survive dekat Shah Alam waktu itu,” kongsinya.

Tidak mudah berputus asa, Syatilla berkata dia memilih untuk berdikari biarpun berdepan dengan kesukaran hidup ketika itu.

Malah kata Syatilla, dia juga tidak mahu menyusahkan ibunya dan percaya pada rezeki yang dikurnia Tuhan.

“Aku memang tak pandai nak minta minta duit orang. Berkat RM300 itu, hidup aku berubah sungguh-sungguh 360 sampai sekarang. Allah maha mengetahui,” kongsinya.

Sumber: Threads @samtilla


 


 

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement