Skip to main content

Hiburan

Bekas Pelajar Dari ‘Kelas Belakang’ Hadiahkan Motosikal Buat Guru Pencen - “Rupanya Benci Tandanya Sayang”

Cikgu Pencen Dapat Motor

Sekilas

  • Cikgu Zainol diraikan dalam majlis persaraan selepas 31 tahun mengajar, dengan kejutan hadiah motosikal daripada bekas pelajarnya.
  • Motosikal tersebut dibeli oleh sekumpulan bekas pelajar ‘kelas belakang’ sebagai tanda penghargaan atas dedikasi Cikgu Zainol.
  • Video majlis ini tular di TikTok dan mendapat perhatian ramai yang terharu dengan kisah guru prihatin ini.

Di TikTok, tular satu hantaran menyentuh hati yang berlaku ketika majlis persaraan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Zainol.

Menerusi video yang dimuat naik @zdserai9336, majlis tersebut diadakan bagi meraikan persaraan Cikgu Zainol yang sudah bergelar pendidik selama 31 tahun.

Ketika acara berlangsung, Cikgu Zainol telah dikejutkan dengan sebuah hadiah berupa motosikal yang diterima bersempena majlis persaraannya itu.

Lebih mengharukan ialah, motosikal itu dipercayai dibeli oleh sekumpulan bekas pelajarnya yang sebelum ini berada di ‘kelas belakang’.

Kesemua mereka turut dilihat muncul di atas pentas sebelum menyerahkan kunci motosikal tersebut kepada Cikgu Zainol.

“Cikgu pencen terima kejutan berupa hadiah motosikal daripada bekas pelajar ‘kelas belakang’ di hari persaraannya,” tulisnya.

Menerusi perkongsian yang sama, individu terbabit menyifatkan Cikgu Zainol sebagai seorang pendidik yang sangat prihatin terhadap pelajarnya.

Antara yang pernah dilakukan termasuklah memastikan para pelajar hadir menduduki peperiksaan besar Sijil Pelajaran Tinggi (SPM).

Perkongsian itu tular dan meraih perhatian warganet yang rata-ratanya terharu melihat perkongsian tersebut.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Must-Watch Video

Advertisement