Skip to main content

Selebriti

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Resipi Pemikat Selera! Inspektor Sani Dan Effa Masak Nasi Goreng Bunga Kantan & Bubur Pulut Hitam

WhatsApp Image 2026 03 03 at 12.14.01 PM

Sekilas

  • Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani kembali dengan episod ke-14 yang menampilkan menu Nasi Goreng Bunga Kantan dan Bubur Pulut Hitam menggunakan susu Goodday.
  • Program ini juga ada gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari rancangan bermula 19 Februari.
  • Saksikan rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan jam 5.30 petang dan ikuti di media sosial dengan #MisiInspektorSani.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod keempat belas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Effa (Wafariena) yang akan memasak pelbagai menu seperti Nasi Goreng Bunga Kantan dan Bubur Pulut Hitam.

Drama apa yang akan terjadi antara Effa dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI GORENG BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

Bahan-Bahan A:
3 cawan Nasi putih
1 kuntum Bunga kantan, hiris halus
30 g Kacang panjang, hiris 3 batang
30 g Kacang botol, hiris
5 helai Daun kesum
20 g Ikan bilis goreng
2 sudu makan Sos tiram
1 sudu makan Sos ikan
1 sudu makan Gula
2 sudu makan GOOD VIBES ALMOND MILK

Bahan Kisar:
3biji Bawang merah kecil
4 ulas Bawang putih
3 biji Cili padi hijau
3 biji Cili merah

CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing.
2. Tuang susu ke dalam pes yang sedang ditumis.
3. Kacau rata untuk melembutkan rasa dan beri aroma lemak manis.
4. Tambah bunga kantan, kacang panjang, kacang botol, daun kesum, dan ikan bilis.
5. Tumis hingga sayur separuh lembut.
6. Tambah nasi, kacau rata supaya pes dan susu melapisi nasi.
7. Masak hingga nasi sebati sepenuhnya. Hidang.

#2 BUBUR PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN:
2 cawan Pulut hitam
2 helai Daun pandan (simpul)
2 ketul kecil Gula melaka
2 sudu besar Gula pasir
200ml Santan
1 cawan GOOD VIBES ALMOND MILK
2 cubit     Garam
3 cawan Air

CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh 2 cawan pulut hitam dan rendam 3 jam .
2. Masukkan pulut hitam, 7 cawan air dan daun pandan ke dalam periuk.
3. Masak api sederhana sambil kacau hingga pulut kembang dan pecah biji.
4. Masukkan gula melaka dan gula pasir, kacau hingga larut.
5. Masukkan santan dan garam, kacau perlahan.
6. Akhir sekali masukkan Almond Milk, kacau dan masak 1–2 minit sahaja.
7. Hidang

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement