Sekilas
- Amyza Aznan berkongsi video anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, menyanyikan lagu Keluhan Rindu di media sosial sebagai tanda rindu selepas pemergiannya seminggu lalu.
- Netizen memberikan doa dan kata-kata semangat kepada Amyza sekeluarga, mengharapkan Andre tenang dan bahagia di sana.
- Allahyarham Andre meninggal dunia pada 23 Februari akibat kanser paru-paru tahap tiga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana dengan kehadiran lebih 300 orang.
Perkongsian pelakon Amyza Aznan mengenai anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail yang sudah seminggu ‘pergi’ buat selama-lamanya mengundang sebak dalam kalangan warganet.
Menerusi hantaran di media sosial, Amyza memuat naik video arwah menyanyikan lagu Keluhan Rindu nyanyian asal Jamal Abdillah.
“Anak… rindu,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Amyza sekeluarga.
“Andre dah tak sakit kak, Andre dah bahagia di sana dengan doa-doa akak dan semua rakyat Malaysia. Al-Fatihah buat Andre.
“Untung dia meninggal masa ibu dia ada lagi, doa ibu pada anak tiada hijab. Semoga kak Amyza sekeluarga dapat berkumpul di syurga nanti.
“Separuh nyawa pergi bersama dia… faham sangat kak Amyza. Sekarang dia dah tak sakit, dia dah bahagia di sana. Al-Fatihah,” komen beberapa netizen.
Pada 23 Februari lalu, Allahyarham Andre yang bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada pukul 10.40 pagi keesokan harinya dan dihadiri lebih 300 orang.
Sumber: Instagram