Skip to main content

Hiburan

‘Become The Best Husband & A Better Dad’ Antara Coretan Terakhir Arwah Nabil Zamanhuri

Nabil Zamanhuri

Sekilas

  • Ibu Allahyarham Nabil Zamanhuri berkongsi nota impian anaknya sebelum meninggal dunia, termasuk menjadi suami dan bapa yang baik serta menghasilkan filem blockbuster.
  • Nabil berharap dapat membawa keluarganya bercuti ke Disneyland Tokyo dan mencapai kejayaan dalam bidang perfileman dengan pendapatan RM30,000 sebulan.
  • Allahyarham meninggal dunia pada Mei 2024 akibat serangan jantung, meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, serta mendapat doa dan sokongan netizen.

Ibu kepada penyanyi dan pelakon, Allahyarham Nabil Zamanhuri iaitu Fatimah Abdullah menyorot perhatian apabila berkongsi beberapa nota yang dipercayai ditulis oleh anaknya itu sebelum meninggal dunia.

Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat beberapa catatan dan harapan yang ingin direalisasikan Nabil sebagai seorang suami, bapa dan juga anak seni.

Antara impian yang ingin dicapai Nabil adalah seperti menjadi seorang suami yang baik, seorang bapa yang bagus buat anaknya serta menghasilkan filem ‘blockbuster’.

“Menjadi suami yang baik, memperbaiki hubungan dengan Adel (isteri), terus kekalkan ‘spark’ dan cinta walau kami semakin tua.

“Nak buat keluarga saya bahagia, cipta memori dan kenangan indah serta tunaikan impian kanak-kanak anak saya dengan membawa mereka bercuti ke Disneyland Tokyo.

“Menjadi penghasil filem ‘award-winning’, hasilkan sekurang-kurangnya lima filem blockbuster, making RM30,000 monthly per-job filmmaking,” antara impian Nabil.

Walau bagaimanapun, beberapa impian tersebut tidak dapat direalisasikan selepas Nabil disahkan meninggal dunia pada Mei dua tahun lalu.

“Coretan akhir Nabil, di saat di berusaha untuk mencapai impiannya, dia hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

“Semoga niat murni hati Nabil, membukanya ke pintu syurga, aamiin,” luah ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak dengan perkongsian itu sambil mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Untuk rekod, Nabil disahkan meninggal dunia pada 26 Mei 2024 akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement