Skip to main content

Hiburan

Bawa Konsep Sepucuk Surat Cinta Di Dalam Lagu, Najmi Niery Hasilkan Lagu Raya Pertama Berjudul Best Part Of Raya

Najmi Niery

Sekilas

  • Najmi Niery melancarkan lagu raya pertamanya berjudul ‘Best Part Of Raya’ yang diinspirasikan sebagai surat cinta dalam bentuk lagu antara pasangan kekasih pada hari raya.
  • Lagu ini menampilkan duet Najmi bersama penyanyi meningkat naik Adrianna Cinta dengan genre Pop R&B yang unik untuk lagu raya di Malaysia.
  • Pelancaran lagu turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada 30 anak yatim dari dua rumah kebajikan di majlis yang sama.

Penyanyi meningkat naik, Najmi Niery melancarkan lagu raya pertamanya yang berjudul ‘Best Part Of Raya’.

Menurut Najmi, ilham untuk menghasilkan lagu telah ditulis bersama MFMF sekitar October 2025 itu datang secara tiba-tiba.

“Mula-mula, kita memang tak tahu nak tulis pasal apa. Tapi, setelah berbincang, kita akhirnya mengambil keputusan untuk menulis lagu ini berdasarkan surat cinta di hari raya tapi dalam bentuk lagu. 

“Raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta menjauhi segala perkara yang dilarang Tuhan. Ia juga merupakan detik istimewa untuk diraikan bersama insan tersayang.”

“Justeru, lagu ini dihasilkan sebagai sebuah ‘surat cinta’ dalam bentuk lagu, menggambarkan luahan hati sepasang kekasih yang saling merindui dan tidak sabar untuk bertemu pada hari Raya,” jelasnya. 
 
Selain menulis lagunya sendiri bersama MFMF, lagu yang menampilkan kelainan itu turut menggandingkan Najmi bersama seorang lagi penyanyi meningkat naik iaitu Adrianna Cinta sebagai pasangan duetnya.

“Awalnya, saya sendiri tidak tahu siapa penyanyi wanita yang akan jadi pasangan duet saya. Kemudian, satu hari, nama Adrianna Cinta telah diusulkan. 

“Saya terus bersetuju kerana saya mengenali Adrianna sebagai seorang penyanyi-komposer yang cukup berbakat. Bahkan dia banyak menulis lagu bersama komposer lain. 

“Suaranya cukup menenangkan sangat kena dengan ton suara saya dan dia sememangnya pasangan duet yang tepat buat saya,” hurai Najmi. 

Sementara itu, Adrianna Cinta pula berkata, sebelum ini, dia sudah pernah berjumpa dengan Najmi di beberapa acara nyanyian, namun tidak pernah terfikir bahawa mereka akan bekerjasama dalam sebuah karya lagu. 

“Tapi, kami berdua memang memiliki vibes muzik yang sama. Maksud saya, vibes muzik, suara dan nyanyian ala-ala Pop R&B Indonesia. 

“Najmi memang ke arah itu dan begitu juga dengan saya. Jadi, apabila kami digabungkan bersama dalam BEST PART OF RAYA ini, ia memang satu kombinasi yang cukup baik dan sesuai,” katanya. 

Ditanya mengenai harapan, Najmi berharap lagu raya ciptaannya itu akan menjadi salah satu lagu raya terbaik pada 2026. 

“Saya sangat positif dengan hal ini kerana BEST PART OF RAYA bukanlah sebuah lagu raya tipikal yang mempunyai unsur klasik. Ia lebih kepada Pop R&B yang mana tak ramai orang buat genre muzik ini untuk lagu raya. 

“Saya rasa Malaysia perlukan sedikit kelainan untuk lagu raya sebegini dan sebelum saya luncurkan single raya ini, saya ada buat klip acah (teaser) bersama peminat saya di media sosial. 

“Respon yang saya terima cukup baik dan rata-rata pendengar menyatakan mereka tidak sabar tunggu lagi ini,” katanya. 

Lebih manis, ketika majlis pelancaran lagu Best Part Of Raya, turut berlangsungnya penyampaian duit raya kepada 30 anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pusat Jagaan Budi Bestari turut diraikan sama. 

Pemberian duit raya kepada anak-anak di kedua-dua rumah kebajikan ini telah disampaikan Pengurus Kanan Perniagaan Digital dan Komersial Sony Music Malaysia, Puan Aiman Nubailah, Pengurus Kanan Operasi Pusat Beli-belah Aeon Mall, S. Vettrivelu serta Najmi Niery dan Adrianna Cinta.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement