Skip to main content

Hiburan

Baru 1 Ramadan Dah Kongsi Pelbagai Resipi, Pelajar Baharu Minta Khairul Aming ‘Slow’ Sikit - “Jangan Laju-Laju, Pensel Patah…”

Khairul Aming

Seperti biasa, masuk sahaja bulan ramadan media sosial pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming pasti menjadi tumpuan netizen.

Lebih menarik untuk siri kesembilan 30 hari 30 resepi tahun ini dimulakan dengan beberapa resepi air dan juga pemanis mulut.

Dalam pada itu, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman juga berkongsi resepi untuk bersahur sempena ramadan kali ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak sabar untuk mencuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Malah ada juga yang meminta untuk pengusaha sambal itu ‘perlahan-lahan’ berkongsi resepi kerana takut tidak terkejar untuk mendapatkan barangan untuk menyediakan menu-menu tersebut.

“Jap la.. Jangan laju-laju, pensel patah dah ni.

“Misi mencar apa yang bakal habis harini, roti, gula?

“Sos plum pun tak dan nak beli lagi ni.

“Macam biasa banyak sangat video ni, kita save je dulu gaes.

“Lajunya masuk tajuk baru, nak habiskan silibus ke ni. Kita dah la budak intervensi.

“Banyaknya cikgu KA bagi assingment dalam sehari, harap carrymark tinggi.

“Eh bang, ais tu masih berasap lagi dia dah up resepi lain,” kata netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement