Sekilas
- Datuk Dr. Fazley Yaakob berkongsi pandangan bahawa kebanyakan kes cerai berpunca daripada masalah kewangan dalam rumah tangga.
- Fazley mempersoal janji manis pasangan yang mahu bersama susah dan senang, yang sering tidak dipenuhi selepas berkahwin.
Usahawan dan penyanyi, Datuk Dr. Fazley Yaakob berkongsi pendapatnya mengenai peningkatan statstik cerai yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Menerusi Threads, Fazley berkongsi bahawa kebanyakkan kes perceraian berlaku disebabkan oleh masalah kewangan yang berlaku dalam rumah tangga.
Bekas juara program MasterChef Selebriti Malaysia itu turut mempersoal ‘janji manis’ setiap individu yang mahu bersusah senang dengan pasangan dalam apa jua keadaan.
“Maaflah, ramai cakap dan statistik menunjukkan banyak kes-kes cerai berpunca dari masalah kewangan.
“Mana perginya janji manis masa bercinta untuk sanggup susah dan senang bersama? Ke sebab masa bercinta semuanya indah, bila dah kahwin yang indah tu sekadar ‘display profile’ masa bercinta?
“Lepas dah kahwin semua dah penat control cantik dan hensem lalu masing-masing jadi hantu kak limah dan godzilla?,” kongsinya.
Ciapan itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Fazley.
“Selepas kahwin baru ramai sedar yang segala bil tak boleh dibayar dengan senyuman sahaja.
“Betul, setuju dengan datuk,” komen netizen.
Sumber: Threads Fazley Yaakob