Skip to main content

Hiburan

“Bagi Saya P. Ramlee Tak Berapa Lawak, Tapi Sidekick Dia Yang Power…” - Mamak Puteh

bbb

Sekilas

  • Pelawak Mamak Puteh berpendapat Tan Sri P. Ramlee lebih menyerlah kerana sokongan barisan ‘sidekick’ hebat seperti Ajis, Sudir, dan A.R. Tompel.
  • Pandangan ini mencetuskan reaksi bercampur netizen, ada yang setuju dan ada yang mempertahankan keunikan dan aura P. Ramlee sendiri.
  • Netizen menegaskan P. Ramlee bukan sekadar pelawak, tetapi penghibur serba boleh yang berjaya membentuk suasana seimbang dalam karya seni beliau.

Pelawak Mamak Puteh mencetuskan perdebatan apabila berpendapat bahawa lagenda filem dan komedi negara, Tan Sri P. Ramlee, sebenarnya lebih menyerlah kerana didukung oleh barisan ‘sidekick’ yang kuat.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah podcast Sembang Sempoi ketika hos bertanyakan pandangannya mengenai cabaran mencapai tahap kelucuan sebaris P. Ramlee.

“Kalau tanya saya, P. Ramlee naik disebabkan ‘sidekick’ dia yang hebat. P. Ramlee hebat, saya tak nafikan… tapi kalau pendapat saya, ‘sidekick’ dia yang dahsyat yang tolak P. Ramlee naik, contoh Ajis, Sudir, A.R. Tompel.

“Ini orang yang naikkan dia. Bagi saya P. Ramlee tak berapa lawak, tapi ‘sidekick’ dia yang power… jadi maksud saya kat sini, team dia yang tolak dia,” katanya.

Pandangan tersebut mencetus reaksi bercampur netizen ada yang bersetuju, malah ada yang tidak bersetuju kerana menganggap P. Ramlee tetap memiliki aura tersendiri yang sukar ditandingi.

“Aku setuju… P. Ramlee tak lawak sangat, tapi idea dan jalan cerita, pilihan pelakon… P. Ramlee memang pandai. Dia tahu siapa boleh bawak watak sesuatu.

“Pandai la kau… P. Ramlee bukan tak berapa lawak. Dia banyak ilmu. Semua dia boleh buat, bukan lawak sahaja, sedih, suka, duka, pilu, garang. Banyak lagi ilmu P. Ramlee yang tak sempat ditunjukkan. Dia legenda dunia.

“Itu dibentuk dari P. Ramlee sendiri. Dia tahu bakat-bakat ‘sidekick’ yang patut ditonjolkan. Tak ada dia, tak wujud sidekick. Fahamkan itu… dia yang wujudkan suasana seimbang dalam cerita, bukan arah ke dia semata-mata.

“P. Ramlee tu bukan pelawak, tapi penghibur. Dia boleh berlakon, menyanyi, mengarah filem, cipta lagu, tulis skrip… dan mungkin dia pandai ilmu tasawuf. Anak seni yang masih tiada ganti. Al-Fatihah,” komen beberapa netizen.

 

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement