Skip to main content

Hiburan

Azlan Komeng Bebas Dari Status Bankrap, Mahkamah Benarkan Prosiding Komital Terhadap Cik Pia

Azlan Komeng

Sekilas

  • Mahkamah menolak permohonan jaminan kos RM75,000 oleh pempengaruh Cik Pia dan mengesahkan Azlan Komeng bebas daripada status bankrap.
  • Azlan dan isteri, Nur Nilam Ortiz, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Cik Pia atas dakwaan melanggar perintah injunksi.
  • Saman fitnah difailkan oleh Azlan dan Nur Nilam terhadap Cik Pia berikutan kenyataan fitnah dan buli siber yang didakwa menyebabkan tekanan emosi kepada Nur Nilam.

Pelakon, Azlan Komeng berjaya menolak permohonan kos jaminan sebanyak RM75,000 yang dibuat pempengaruh, Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia.

Keputusan yang dibuat mahkamah pada tarikh 5 Mac yang lalu itu dalam masa yang sama mengesahkan Azlan bebas daripada status bankrap.

“Kami percaya bahawa setiap perkara harus diselesaikan melalui proses undang-undang yang adil dan telus.

“Keputusan mahkamah ini memberikan ruang kepada kebenaran untuk terus ditegakkan berdasarkan fakta dan bukti,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Azlan dan beka isteri, Nur Nilam Ortiz berjaya mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap Cik Pia selepas pempengaruh itu didakwa telah melanggar perintah injunksi terhadap dirinya sebelum ini.

“Dalam keputusan terbaharu, mahkamah telah menolak permohonan defendan (Cik Pia) untuk membatalkan saman plaintif (Azlan dan Nilam).

“Mahkamah turut menolak permohonan jaminan kos sebanyak RM75,000.00 yang difailkan oleh pihak defendan serta memberikan kebenaran kepada plaintif untuk memulakan prosiding komital berhubung dakwaan pelanggaran perintah injunksi mahkamah,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Nilam menegaskan bahawa mereka akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak mahkamah dan tidak akan mengulas secara terperinci mengenai merit kes memandangkan proses perundangan masih berjala.

“Kami menghormati proses mahkamah dan percaya bahawa segala perkara akan diputuskan berdasarkan fakta dan bukti yang akan dikemukakan secara adil dan telus,” jelasnya lagi.

Pada Ogos tahun lalu, Azlan dan Nilam memfailkan saman fitnah terhadap Cik Pia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Tindakan terbabit diambil selepas Cik Pia didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial.

Menurut dokumen mahkamah, kenyataan yang dibuat oleh Cik Pia didakwa mengandungi fitnah, tuduhan melampau, provokatif, manipulasi dan buli siber yang menyebabkan Nilam mengalami tekanan emosi lebih-lebih lagi dalam keadaan hamil.

Azlan dan Nur Nilam turut memperoleh perintah injunksi inter partes daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 November lalu terhadap  Cik Pia berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah. 

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut setelah meneliti hujahan dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Pempengaruh, Cik Pia kemudiannya memohon jaminan kos RM75,000 daripada Azlan dan Nilam selepas menerima saman tersebut.

Hal ini kerana, Cik Pia memaklumkan Nur Nilam selaku plaintif pertama adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa, manakala Azlan selaku plaintif kedua telah diisytiharkan bankrap.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement