Skip to main content

Hiburan

Berpeluang Peluk Kanak-Kanak Istimewa, Rindu Ainina Ahmad B Terhadap Arwah Anak Terubat - “Allah Tahu Saya Rindu Nak Peluk Anak Syurga Saya”

Ainina Ahmad B

Sekilas

  • Ainina Ahmad B berkongsi pengalaman menyentuh hati bertemu kanak-kanak istimewa yang hampir serupa dengan anaknya, Allahyarham Nur Ara Elisya.
  • Dia meluahkan rasa rindu yang sedikit terubat selepas dapat memeluk kanak-kanak tersebut walaupun hanya seketika.
  • Ainina juga berkongsi kesukaran untuk menikmati makanan kegemaran Elisya semasa bulan puasa kerana rindu yang mendalam.

Pelakon, Ainina Ahmad B menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan menyentuh hati selepas bertemu seorang kanak-kanak istimewa yang dikatakan mempunyai fizikal hampir serupa dengan anaknya, Allahyarham Nur Ara Elisya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), dia merasakan rasa rindu terhadap arwah anaknya sedikit terubat selepas berpeluang untuk memeluk kanak-kanak itu meski dalam tempoh singkat.

"Allah Maha Baik, Dia tahu saya rindu nak peluk anak syurga saya. Tiba-tiba hadir bidadari syurga depan mata saya. Ya Allah, memang seakan sama, terutama badan dia.

"Saya senyum, lambai, cium dari jauh sahaja kemudian berlalu pergi. Disebabkan rasa tak puas usik dia, saya patah balik ke tempat tadi. Tapi tidak pergi dekat sebab segan dengan keluarga dia.

"Memang nak nangis ketika itu sebab saya dapat peluk dia macam mana peluk anak syurga saya. Terima kasih Ya Allah dan ibu kepada budak tersebut kerana izinkan. Lepas sedikit rindu pada anak syurgaku, Elisya," kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Ainina dilihat turut memuat naik foto kenangannya bersama kanak-kanak tersebut.

Berkongsi lanjut, Ainina memaklumkan bahawa dia masih belum sanggup membeli mahupun menikmati makanan kegemaran Allahyarham susulan rasa rindu yang teramat sangat buat anak syurganya itu.

"Ini tahun pertama kami berpuasa berdua (bersama anak sulung). Nampak macam tidak ada apa-apa, tapi saya sibuk dengan kerja dan anak pertama pula ada kelas belajar. Ini baru ada masa nak berbuka luar bersama.

"Rasa lain seperti sedih semua ada. Cuma kena kuatkan diri juga. Banyak perkara yang Elisya suka, macam makan bubur lambuk setiap kali puasa, tapi walaupun kami teringin, tak sanggup untuk beli.

"Sehari dua yang lepas ini memang rindu sangat dengan dia. Video-video dengan dia peneman saya waktu sahur," kongsinya lagi.

Untuk rekod, Elisya meninggal dunia pada 22 Jun 2025.

Allahyarham merupakan anak hasil perkongsian hidup Ainina bersama bekas suaminya yang juga penyanyi, iaitu Rahmad Mega.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement