Skip to main content

Selebriti

Asyraf Khalid Tegur Trend Podcast, Bimbang Kurang Konten Berkualiti - “Yang Penuh Ilmu Tak Meletup, Jadi Bahan Ketawa View Mencanak”

Asyraf Khalid podcast

Sekilas

  • Usahawan Asyraf Khalid bimbang trend podcast di Malaysia kini lebih fokus pada kandungan sensasi berbanding perkongsian berilmu dan bermanfaat.
  • Asyraf perhatikan podcast dengan tetamu berpengalaman dan perbincangan mendalam kurang mendapat sambutan berbanding kandungan kontroversi yang jadi bahan ketawa.
  • Beliau menegaskan sokongan kepada kandungan berkualiti penting supaya industri podcast tidak didominasi oleh kandungan mudah dan murah yang hanya mengejar views.

Usahawan, Asyraf Khalid meluahkan rasa bimbang melihat trend podcast di Malaysia yang seolah-olah lebih mengutamakan kandungan sensasi berbanding perkongsian berilmu dan bermanfaat.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Asyraf memaklumkan dia menyedari bahawa podcast yang menampilkan tetamu berpengalaman dan perbincangan berilmiah kurang mendapat sambutan berbanding kandungan berunsur kontroversi.

“Ada satu corak yang saya perasan dalam dunia podcast Malaysia sekarang. Podcast yang penuh ilmu, tetamu yang berpengalaman, perbualan yang dalam, views dia okay je. Tak explode.

“Tapi bila ada orang pergi podcast dan jadi bahan ketawa, views mencanak. Semua orang nak tengok,” luahnya.

Jelas Asyraf lagi, apa yang lebih membimbangkan adalah kandungan itu ditonton bukan kerana inti pati atau info dibawakan sebaliknya kerana individu tular yang dijemput itu sendiri menjadi bahan tontonan.

“Bukan sebab content dia bagus. Sebab dia jadi content. Dan itulah yang paling bahaya.

“Bila anda jadi viral sebab orang ketawa dekat anda, bukan bersama anda, anda dah hilang kawalan cerita anda sendiri.

“Dan bila kita keep on support content macam tu, jangan pelik kenapa lagi ramai orang akan buat benda yang sama. Sebab tu yang dapat views. Tu yang dapat duit,” jelasnya.

Tambah Asyraf lagi, situasi tersebut tidak jauh berbeza dengan mana-mana industri lain, di mana kandungan berkualiti berisiko tenggelam sekiranya tidak mendapat sokongan yang sewajarnya daripada masyarakat.

“Sama macam mana-mana industri. Bila yang berkualiti tak dapat sokongan, yang senang dan murah akan terus dominate.

“Sebab tu yang market minta. Apa yang kita tengok, kita sokong. Apa yang kita sokong, orang akan terus buat,” luahnya.

Perkongsian Asyraf itu ternyata menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Must Watch Video

Advertisement