Skip to main content

Berita

Kes Dipukul Kerana Batuk, Mangsa Maafkan Pakcik

Astro Gempak

Sekilas

  • Seorang lelaki yang menjadi mangsa serangan ketika beratur membeli sarapan di Bandar Seri Coalfields memilih untuk memaafkan suspek selepas individu itu menyerah diri kepada polis.
  • Ahmad Zhafri Samsudin menegaskan dia memilih jalan undang-undang dan tidak membalas dengan kekerasan, sambil menghargai usaha polis dalam mengesan suspek.
  • Walaupun memaafkan, mangsa memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil jika insiden sama berulang pada masa depan.

Lelaki yang menjadi mangsa serangan ketika sedang beratur membeli sarapan di sebuah restoran di Bandar Seri Coalfields baru-baru ini memilih untuk memaafkan individu yang memukulnya selepas suspek tampil menyerah diri kepada polis.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Zhafri Samsudin berkata, keputusan tersebut dibuat dengan hati terbuka selepas mengambil kira nilai kemanusiaan dan ajaran Islam.

“Dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan, saya memilih untuk memaafkan beliau.

“Jika Rasulullah S.A.W. mampu memaafkan umatnya, siapalah saya yang penuh dengan kekurangan ini untuk tidak memberi ruang kepada seseorang memperbaiki kesilapan,” katanya.

Menurut Ahmad Zhafri, individu terbabit tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh selepas hampir tiga hari usaha mengesannya dijalankan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, selepas hampir tiga hari, hasil usaha berterusan pihak Polis Diraja Malaysia khususnya Unit Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh, individu yang terlibat telah tampil menyerah diri dan hadir ke IPD Sungai Buloh untuk memberikan keterangan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Faris serta semua anggota yang terlibat dalam usaha mengesan beliau,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Zhafri menegaskan dia tidak memilih jalan kekerasan, sebaliknya mempercayai proses perundangan sebagai saluran terbaik menyelesaikan konflik.

“Saya tidak memilih kekerasan. Saya memilih undang-undang.

“Mungkin keputusan ini tidak akan memuaskan hati semua pihak, namun sebagai seorang anak, suami, bapa, Teknologis Profesional dan pekerja sektor korporat, saya percaya tindakan berlandaskan undang-undang adalah jalan yang lebih baik daripada membalas dengan kemarahan,” katanya.

Bagaimanapun, Zhafri memberi peringatan bahawa tindakan undang-undang tetap akan diambil sekiranya insiden sama berulang pada masa akan datang.

“Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Namun sekiranya insiden yang sama berlaku pada masa hadapan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

Ahmad Zhafri turut menjelaskan maksud kenyataannya yang tular sebelum ini apabila menyebut individu terbabit tidak mengetahui siapa dirinya dan siapa yang berada di belakangnya.

“Ketika kejadian berlaku, saya ada berkata, ‘Pak cik tak kenal saya siapa. Pak cik tak tahu apa yang saya boleh buat dan siapa yang berada di belakang saya’.

“Hari ini saya ingin menjelaskan maksud kata-kata itu.

“Inilah yang berada di belakang saya, kedaulatan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelanggan dipukul ketika sedang beratur membeli sarapan di sebuah restoran di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh.

Kejadian tersebut tular dalam media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik mangsa diserang dipercayai hanya kerana batuk ketika berada dalam barisan pelanggan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement