Skip to main content

Hollywood

Ariana Grande, Ethan Slater Putus Cinta, Pilih Jadi Sahabat

Astro Gempak ariana (2)

Sekilas

  • Ariana Grande dan Ethan Slater telah berpisah selepas tiga tahun bercinta tetapi kekal sebagai kawan baik.
  • Mereka mengambil masa beberapa bulan untuk membuat keputusan berpisah dan kini Grande fokus pada jelajah Eternal Sunshine dan album baharu Petal yang akan keluar pada 31 Julai.
  • Grande dan Slater mula bercinta pada 2023 selepas bertemu di set penggambaran Wicked dan mengumumkan hubungan mereka pada November 2024.

Percintaan tiga tahun penyanyi Ariana Grande dan Ethan Slater dilaporkan terlerai baru-baru ini. Grande dan Slater membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan namun memilih kekal bersahabat.

Satu sumber memberitahu People, bintang Wicked itu telah mengambil banyak masa dan berfikir dengan baik sebelum berpisah dengan Slater.

“Mereka mengambil masa yang lama dan memikirkan dengan baik untuk berpisah. Walaupun tidak lagi bercinta, mereka tetap bersahabat dan menyokong satu sama lain.

“Mereka telah berpisah sejak beberapa bulan lalu,” ujar sumber tersebut.

Sumber sama memaklumkan Grande, 32, berada dalam keadaan stabil dan kini memberi fokus kepada siir jelajah Eternal Sunshine serta album baharu yang dijangka menemui peminat pada 31 Julai depan berjudul Petal.

Penyanyi  Hate That I Made You Love Me dan Slater, 34, pertama kali dikaitkan menjalin asmara pada tahun 2023 selepas bertemu di set penggambaran Wicked.

Mereka kemudian ‘mengumumkan’ sebagai pasangan kekasih menerusi perkongsian di media sosial pada November 2024 selain muncul bersama sewaktu mempromosikan filem tersebut.

Sebelum bercinta dengan Slater, Grande juga pernah mempunyai hubungan asmara bersama Pete Davidson. Penyanyi ini juga pernah berkahwin dengan seorang ejen hartanah, Dalton Gomez pada Mei 2021 sebelum bercerai pada Julai 2023.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement