Skip to main content

Selebriti

“Ada Makcik-Makcik Yang Tegur & Bising…” - Belum Kahwin Tapi Asyik Jadi Suami Orang, Hariz Hamdan Terima Nasihat Rumah Tangga

Hariz

Sekilas

  • Pelakon Hariz Hamdan sering diberi watak lelaki matang seperti suami dan bapa kerana raut wajahnya yang kelihatan lebih dewasa daripada usia sebenar 24 tahun.
  • Walaupun membawa watak suami dan bapa, Hariz mengakui tiada pengalaman sebenar dalam keluarga dan berlatih memegang bayi untuk drama Dendam Seorang Mertua.
  • Drama Dendam Seorang Mertua yang turut dibintangi Yusry, Aaron, dan Intan Ladyana kini disiarkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Pelakon, Hariz Hamdan mengakui sering menerima tawaran membawakan watak suami, bapa dan lelaki yang lebih matang daripada usianya.

Menurut Hariz, 24, faktor raut wajah serta pembawaan dirinya yang kelihatan lebih matang menyebabkan penerbit dan pengarah sering mempercayainya untuk membawakan karakter sedemikian.

"Bukan sekarang sahaja, sejak mula berlakon saya banyak digandingkan dengan pelakon yang lebih berusia.

"Saya masih ingat ketika mula menceburi bidang lakonan, ,saya berusia 19 tahun tetapi digandingkan dengan Julia Farhana yang ketika itu berusia 29 tahun.

"Rasanya mungkin cara saya membawa diri dan raut wajah membuatkan saya nampak lebih matang. 

“Kebanyakan tawaran yang datang pun banyak melibatkan watak lelaki matang.

“Bagi saya, lelaki nampak matang awal mungkin satu kelebihan, manakala wanita pula biasanya lebih suka kelihatan muda," katanya.

Hariz yang kini mencuri perhatian menerusi drama Dendam Seorang Mertua berkata, cabaran terbesar baginya adalah menghidupkan watak suami dan bapa sedangkan dia sendiri tidak mempunyai pengalaman berkeluarga.

"Walaupun saya nampak matang, hakikatnya saya tiada pengalaman sebagai suami atau bapa. 

“Saya tidak pernah berkahwin, tidak pernah menguruskan rumah tangga dan tidak pernah melalui pengalaman menyambut kelahiran anak.

"Dalam drama ini pula saya perlu mendukung bayi. Sejujurnya saya memang tidak biasa pegang bayi.

“Kakak saya baru bersalin tetapi kerana sibuk bekerja, saya jarang meluangkan masa dengan anak saudara.

"Bila dapat tahu perlu pegang bayi dalam drama ini, saya sedar saya mungkin nampak kekok. 

“Jadi, saya balik dan berlatih dengan anak saudara sendiri untuk mendapatkan rasa sebenar bagaimana memegang bayi dan membiasakan diri dengan situasi itu," kongsinya.

Dalam pada itu, Hariz turut berkongsi reaksi penonton terhadap watak yang dibawakannya dalam drama berkenaan.

"Ramai juga yang kata karakter Hariz nampak dayus. Kalau saya keluar, ada makcik-makcik yang tegur dan bising kenapa Hariz terlalu mengalah dengan Harlina.

"Tetapi kalau mereka mengikuti drama ini dari awal, mereka akan faham kenapa Hariz bertindak begitu.

“Harlina pula memang karakter yang suka menjerit dan mencetuskan masalah, jadi setiap tindakan Hariz ada sebabnya," ujarnya.

Selain Hariz, Yusry dan Aaron, drama Dendam Seorang Mertua yang sedang hangat bersiaran di Astro Prima itu turut dibintangi oleh Tracie Sinidol, Chacha Maembong dan Intan Ladyana.

Dendam Seorang Mentua kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement