Skip to main content

Hiburan

Anggap Perempuan Keluar Malam Sebagai Red Flag, Individu Dikecam! - “Diorang Tak Macam Lelaki Yang Pandai Jaga Diri”

Wanita Keluar Malam Red Flag

Sekilas

  • Beberapa lelaki ditemu bual di TikTok mengenai pandangan mereka terhadap wanita yang keluar malam, dengan tiga daripada mereka menganggap ia sebagai 'red flag'.
  • Salah seorang lelaki berpendapat wanita boleh keluar malam asalkan pandai menjaga diri dan elak tempat yang tidak sesuai.
  • Respon netizen pula kebanyakannya mengecam pandangan negatif dan memuji lelaki yang berpendapat wanita zaman sekarang pandai jaga diri.

Pendapat beberapa individu lelaki mengenai perempuan yang keluar malam telah menyorot perhatian dan menuai pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi TikTok, sebuah kedai makanan yang menggunakan nama @tiffin_55 bertanyakan soalan tersebut kepada empat orang pelanggan mereka.

Tiga daripada mereka berpendapat wanita sebegitu sebagai red flag kerana menganggap mereka tidak pandai menjaga diri.

“Bagi saya red flag sebab perempuan tak macam lelaki yang pandai jaga diri. Bahkan lelaki tahu hala tuju dia.

“Kalau perempuan pula dia tak ada hal tuju dan tak pandai jaga diri dia.

“Korang pun tahu keadaan di malam hari macam mana jadi kenapa nak keluar malam? Jadi, memang red flaglah,” kongsinya.

Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka tidak menganggap wanita yang keluar malam sebagai red flag.

Ujarnya, tidak menjadi masalah buat wanita untuk keluar malam selagi mana mereka pandai menjaga diri.

“Bagi saya okay saja asalkan dia pandai jaga diri.

“Perkara ini semuanya terletak pada diri sendiri. Selagi mana mereka tak pergi tempat bukan-bukan tak ada masalah,” ujarnya.

Hantaran tersebut kemudiannya menerima respon pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya mengecam jawapan diberikan tiga individu dalam video tersebut.

Malah ada yang memuji jawapan yang diberikan jejaka memakai baju melayu berona biru.

“Sorry to saylah, perempuan zaman sekarang semua pandai jaga diri.

“Jawapan abang baju biru juga yang terbaik,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement