Skip to main content

Hiburan

“Anak Saya Ada Tanda-Tanda Trauma…” - Isteri Ako Mustapha

Astrogempak Ako Mustafa (2)

Sekilas

  • Kartina Shuaib berkongsi kebimbangan mengenai anaknya, Mika, yang mengalami trauma selepas didakwa menjadi mangsa buli di sekolah.
  • Mika kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan menunjukkan tanda-tanda ketakutan serta tekanan akibat insiden tersebut.
  • Ako Mustapha memaklumkan kejadian buli melibatkan lima pelajar dan semua bukti kecederaan telah diserahkan kepada pihak sekolah dan doktor.

Isteri kepada pelakon, Ako Mustapha iaitu Kartina Shuaib meluahkan kebimbangan terhadap keadaan anaknya yang dikatakan mengalami trauma selepas didakwa menjadi mangsa buli di sekolah.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Threads, Kartina memaklumkan anaknya, Mika, kini masih menerima rawatan di hospital dan menunjukkan trauma. 

“Masih di HKL, anak saya macam ada tanda-tanda trauma. Tadi masa doktor nak periksa perut Mika, belum sentuh pun dia dah menangis, meracau ketakutan.

“Saya sebagai ibu kena tenangkan dia, beritahu semuanya okay dan doktor hanya nak periksa sahaja. Doktor takkan buat apa-apa yang menyakitkan,” kongsinya.

Kartina turut mengakui dirinya tidak dapat menahan sebak melihat keadaan anaknya yang berubah menjadi begitu takut dan tertekan.

“Sebagai ibu, saya menangis tengok anak saya macam tu. Rasa nak kongsi gambar dan video kesan bengkak di tapak kaki serta kesan tumbukan di perut anak saya.

“Saya terlalu geram dan marah, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Saya mohon doakan anak saya kembali ceria,” luahnya.

Terdahulu, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha mendakwa anaknya, Mika, menjadi mangsa buli dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa. 

Menerusi hantaran dimuat naik di platform media sosial, Threads, Ako memaklumkan insiden itu dipercayai membabitkan lima murid, terdiri daripada dua pelajar senior dan tiga rakan sekelas anaknya. 

Menurutnya, kejadian hanya disedari selepas anaknya yang berusia 10 tahun itu pulang dari sekolah dan selesai mandi sebelum menunjukkan kesan lebam pada tubuh. 

Anaknya mendakwa dipukul dengan kesan kecederaan termasuk kesan tapak kasut dan tumbukan pada beberapa bahagian badan. 

Ako berkata, semua gambar dan video kecederaan telah dihantar kepada guru kelas, selain anaknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan di klinik kerajaan.

Anda mungkin berminat dengan

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement