Skip to main content

Hollywood

Anak Menyampah Lihat Christina Aguilera Bersolek

xtina

Sekilas

  • Christina Aguilera mendedahkan anak perempuannya, Summer, tidak suka melihat dia bersolek dan sering suruh buang solekan selepas kerja.
  • Summer yang berusia 10 tahun juga bertanya tentang bintik kecil coklat di wajah Aguilera dan ingin tahu jika dia akan memilikinya juga.
  • Aguilera mempunyai dua anak, Summer bersama Matt Rutler dan Max berusia 17 tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan Jordan Bratman.

Sebagai seorang selebriti dan wanita, Christina Aguilera melakukan rutin bersolek untuk menjaga penampilan diri di khalayak ramai.

Dia juga selalu tampil glamor dan cantik. Namun penyanyi itu mendedahkan anak perempuannya mempunyai pandangan yang berbeza.

Penyanyi lagu Dirrty itu mengatakan Summer yang kini berusia 10 tahun tidak suka melihat dirinya bersolek. Summer merupakan anak perkongsian hidup bersama Matt Rutler.

“Dia tidak suka saya bersolek. Tiada solekan mama. Selalunya dia akan paksa saya buang solekan bila saya sudah selesai bekerja. Ini masa untuk santai dia beritahu saya,” katanya Aguilera seperti dilaporkan UsWeekly.

Aguilera, 44, juga mengatakan anaknya bertanya tentang bintik kecil berwarna coklat yang ada pada wajahnya.

“Dia tanya ‘adakah saya juga akan memiliki bintik kecil (freckles) ini nanti?’ Dia memang peminat nombor satu saya,” katanya dengan bangga.

Selain Summer, Aguilera juga memiliki seorang anak lelaki berusia 17 tahun, Max, hasil perkahwinan bersama bekas suaminya, Jordan Bratman.

Must-Watch Video

Advertisement