Skip to main content

Hiburan

‘Amira Amir’, Pembohongan Identiti Demi Cinta Dan Maruah

Amira Amir

Jika rahsia masa lampau yang dipikul terbongkar, apakah pengorbanan yang anda sanggup lakukan demi cinta dan maruah? Persoalan inilah yang menjadi nadi kepada Amira Amir, sebuah filem drama sosial provokatif terbaru terbitan Astro Shaw yang bakal menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First bermula 26 Februari. 

Tampil dengan tagline ‘Setiap Rahsia Ada Harganya’, filem ini diarahkan Reen Imran dan dibintangi Zahiril Adzim, Sophia Albarakbah, Fezrul Khan, Zarynn Min dan Kartina Aziz. Manakala, Ababil bertindak sebagai guru lakonan dan skrip oleh Eenaz Mokhtar, Zuli Ismail dan Ctna Marzuki. 

Amira Amir mengisahkan Ziyad, seorang lelaki yang berkahwin atas dasar cinta pandang pertama bersama Amira. Kehidupan rumah tangga yang dibina atas kepercayaan mula runtuh apabila satu kebenaran besar tentang identiti Amira terbongkar, sekali gus mengubah keseluruhan hidup, prinsip dan persepsi Ziyad terhadap cinta serta ikatan perkahwinan.

Lebih sekadar kisah cinta, Amira Amir meneroka konflik yang lebih besar iaitu realiti menyembunyikan kebenaran yang melanggar hukum dan memberi impak mendalam bukan sahaja kepada hubungan peribadi, tetapi juga kepada penerimaan dan persepsi masyarakat. Filem ini mengajak penonton menilai sejauh mana masyarakat bersedia memahami individu yang ‘berbeza’. 

Penerbit Eksekutif Amira Amir merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Amira Amir dihasilkan untuk pengalaman menonton yang intim bersama insan tersayang di rumah, sambil bebas berdiskusi dan menyuarakan emosi ketika menyaksikan setiap babak. Filem ini mengetengahkan topik realiti sosial berkaitan isu kejujuran identiti yang memberi kesan pada diri sendiri, insan tersayang dan masyarakat. Naratif filem ini menampilkan perspektif daripada pelbagai pihak secara seimbang, seterusnya mampu mencetus perbincangan dalam kalangan penonton. Tambah pula, kami memilih untuk mempersembahkan filem ini pada bulan Ramadan nanti dengan mengharapkan dapat menyuntik keinsafan dan keberanian kita berdepan dengan situasi sebegini yang banyak terjadi di luar sana.”  

Sebagai pelengkap penceritaan, Amira Amir menampilkan lagu tema ‘Hati Yang Tak Terbalas’ yang dibawakan oleh penyanyi bersuara emas, Marsha Milan.

Amira Amir akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam rumah anda, Astro First bermula 26 Februari 2026. Seiring dengan mesej ramadan Astro tahun ini iaitu ‘Bila Bersama Lagi Jadi’, filem ini lebih menarik dinikmati bersama insan tersayang secara beramai-ramai apabila melanggan dengan hanya satu harga, iaitu RM15 di platform Astro dan sooka dalam tempoh 48 jam.  

Astro First Eksklusif menjanjikan pengalaman pawagam di rumah anda yang premium dengan kualiti visual dan audio yang mengasyikkan, di samping fleksibiliti menonton mengikut masa sendiri. 

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

Must-Watch Video

Advertisement