Skip to main content

Hiburan

Ambil Inisiatif Fahami Watak Sebagai Doktor, Dr. Izzar Puji Shah Kimin - “Salute Bro…”

Dr. Izzar

Doktor dan personaliti media sosial,  Dr. Izzar memuji inisiatif pelakon, Shah Kimin yang disifatkan bersungguh-sungguh dalam menjayakan watak sebagai doktor dalam drama Hening Cinta.

Menerusi hantaran di Threads, Dr. Izzar berkongsi Shah Kimin menghubunginya untuk mengetahui sedikit sebanyak cara sebutan dialog sebagai doktor sebenar.

“Tak senang nak bawa watak doktor terutamanya untuk kes kecemasan. Pujian patut diberikan kepada brader Shah Kimin sebab memang dia amik inisiatif untuk membawa watak doktor dia sebaiknya. Salute bro. Teruskan berkarya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr. Izzar turut mengingatkan kepada netizen agar tidak meletakkan harapan terlalu tinggi setiap kali pelakon memainkan watak sebegini.

Katanya, jika mahu dibandingkan dengan drama luar negara, khususnya produksi dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan, perbezaan bajet menjadi antara faktor utama.

“Kalau nak dibandingkan dengan drama luar, (US, Kdrama), mereka bolehlah sebab bajet mereka tinggi.

“Pelakon mereka memang ambil kelas dengan doktor sebenar untuk membawa watak tu. Korang kena fahamlah,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga memuji inisiatif itu dan memahami sekiranya ada beberapa perkara yang tidak sempurna seperti apa yang dilakukan oleh doktor sebenar.


 

Anda mungkin berminat dengan

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Must-Watch Video

Advertisement