Sekilas
- Pelakon Janna Nick memohon maaf atas perkongsiannya di Threads yang menimbulkan perbalahan dan mengakui kekhilafannya dalam menyatakan 'learn let go and let Allah take care of it'.
- Janna mendoakan agar sesiapa yang menyimpan perasaan dendam, benci, amarah, dan trauma diberikan kesembuhan serta kebahagiaan.
- Beliau juga menitipkan doa khas buat anak-anak dari keluarga berantakan agar trauma mereka sembuh dan mereka dikurniakan kebahagiaan.
Pelakon Janna Nick memohon maaf atas perkongsiannya di Threads selain mengakui kekhilafannya mengatakan belajar untuk melepaskan dan membiarkan Allah yang menguruskan.
Janna menerusi Instastory miliknya turut mendoakan sesiapa yang menyimpan perasaan dendam atau trauma agar diberikan kesembuhan dan kebahagiaan.
“Saya pun minta maaf pada semua, kalau Threads saya jadi punca perbalahan ini. Saya salah, saya tak patut pun cakap ‘learn let go and let Allah take care of it’.
“Saya doakan semua yang ada rasa dendam, benci, amarah dan trauma akan diberikan kesembuhan. Dilapangkan dada dan diberikan kebahagiaan,” kongsinya.
Pada perkongsian berbeza, Janna juga menitipkan doa buat semua anak-anak daripada keluarga yang berantakan agar dikurniakan kebahagiaan.
“Saya doakan juga, semoga semua anak-anak broken home agar diberikan kebahagiaan. Semoga segala trauma yang kalian hadapi masa kecil akan sembuh.
“Ikhlas dari anak broken home. Juga tiada bapa. Juga ikhlas mencari rezeki demi emak dan adik-adik yang masih bersekolah,” katanya.