Skip to main content

Selebriti

Akibat Terlalu Kerap Buat Live, Shahida Alami Keradangan Peti Suara - “Suara Garau, Kotak Suara Merah”

Shahida radang peti suara

Sekilas

  • Datin Seri Shahida mengalami keradangan pada peti suara akibat kerap melakukan siaran langsung sehingga suaranya menjadi garau.
  • Keadaan itu dikesan selepas pemeriksaan lanjut di KPJ Damansara yang menunjukkan kotak suara Shahida merah dan meradang.
  • Doktor menasihatkan Shahida untuk berehat suara, elak jerit dan makan ubat bagi memulihkan peti suaranya.

Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida mendedahkan dirinya mengalami keradangan pada peti suara kerana kerap melakukan siaran langsung sehingga menyebabkan suaranya menjadi garau.

Shahida yang juga merupakan isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkongsi berita itu menerusi hantaran terbaharu di platform Threads pada Selasa.

Menurut Shahida, keadaan itu dikesan selepas dia menjalani pemeriksaan lanjut di sebuah pusat perubatan bagi mengetahui punca perubahan pada suaranya.

“Mama yang kena scope hidung, dia pula yang rasa sakit. Sebab kan terlalu banyak live suara mama dah garau.

“Semalam pergi buat checkup dekat KPJ Damansara. Lepas buat scope nampak lah kotak suara merah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Shahida memaklumkan hasil  pemeriksaan tersebut, doktor mendapati kotak suara Shahida mengalami kemerahan yang menunjukkan berlakunya keradangan pada bahagian peti suara.

Susulan itu, doktor telah memberi saranan untuk Shahida berehat buat sementara waktu bagi memulihkan peti suaranya.

“Berlaku keradangan dekat peti suara. So mama kena voice rest.

“Tak boleh nak jerit lebih lebih. Kena banyak berehat dan makan ubat,” maklumnya.

Sementara itu, di ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar Shahida kembali pulih selain mendapatkan rehat secukupnya.

Sumber: Threads @shahidadherbs

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement