Sekilas
- Dayang Nurfaizah melihat Aidilfitri sebagai masa untuk menghargai keluarga dan mengenang insan tersayang yang telah tiada.
- Baginya, sambutan raya bukan untuk meratapi, tetapi meraikan memori indah bersama keluarga.
- Walaupun keluarga Dayang tinggal bersama, suasana Aidilfitri tetap membawa perasaan yang berbeza dan istimewa untuk berehat dan bersama-sama.
Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui sambutan Aidilfitri bukan hanya sekadar hari perayaan tetapi membawa makna yang lebih mendalam buat dirinya.
Bagi Dayang, Aidilfitri adalah masa untuk menghargai keluarga dan mengingati kembali kenangan bersama insan tersayang yang telah tiada.
“Raya pada saya lebih kepada kita menghargai masa dengan keluarga, mengingati mereka yang telah tiada.
“Bukan kepada meratapi tetapi lebih kepada celebrate memori indah yang kita ada,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya lagi, walaupun dia bersyukur kerana keluarganya tinggal bersama dan dapat bertemu hampir setiap hari, namun kata Dayang, suasana Aidilfitri tetap membawa perasaan yang berbeza dan lebih istimewa.
“Menghargai keluarga adalah makna raya yang paling besar bagi saya dan paling saya nantikan adalah masa bersama keluarga.
“Walaupun saya bersyukur setiap hari kerana keluarga tinggal bersama saya tetapi untuk raya, feeling itu lain sedikit.
“Selain itu, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk berehat bersama keluarga,” ujarnya