Skip to main content

Hiburan

A. Aida Kongsi Foto Kembali Bertudung - “Bukan Sebab Orang Lain Tapi Sebab Hati”

A Aida

Sekilas

  • Datuk A. Aida berkongsi gambar dirinya yang kembali bertudung atas kerelaan sendiri menerusi Instagram.
  • Perubahan ini juga merupakan janji yang dibuat selepas beliau sembuh daripada sakit dan menjalani rawatan di ICU tahun lalu.
  • A. Aida mengucapkan terima kasih kepada ustaz yang membantunya semasa tempoh kritikal tersebut.

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida menyorot perhatian apabila berkongsi beberapa foto memaparkan dirinya yang kembali mengenakan hijab.

Menerusi perkongsian di Instagram, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang memaklumkan bahawa perubahan tersebut dibuat atas kerelaan dirinya sendiri.

“Bertudung bukan sebab orang lain tetapi sebab hati,” tulisnya ringkas.

Dalam masa yang sama, A. Aida menerusi ruangan komen memberikan bayangan bahawa perubahan tersebut juga merupakan janji yang pernah dibuatnya susulan sembuh daripada sakit yang menimpanya tahun lalu.

“Janji dengan ustaz (Dr. Mohd Izhar Ariff) asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Terima kasih ustaz, moga ALLAH pelihara kita semua,” kongsinya lagi.

Terdahulu, A. Aida mendapat rawatan lanjut di ICU akibat rebah selepas melakukan fisioterapi pada penghujung November tahun lalu.

Sumber: Instagram A. Aida

Anda mungkin berminat dengan

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

Must Watch Video

Advertisement