Skip to main content

Selebriti

Luah Rasa Rindu, Ainina Ahmad B Kongsi Keperibadian & Pesanan Arwah Bapa - “Abah Pesan, Kalau Nak Jadi Pelakon Jangan…”

IMG 4672

Sekilas

  • Ainina Ahmad B berkongsi rasa rindu terhadap arwah bapanya, aktor terkenal Ahmad B, yang meninggal dunia pada 1 Jun 2004.
  • Dia mengenang bapanya sebagai tempat bermanja, kawan bercerita, dan guru lakonan yang sentiasa bercakap lembut dan memberi nasihat penting dalam dunia seni.
  • Ainina juga mendedahkan arwah bapanya tidak membenarkan anak lelaki menjadi pelakon kerana mahu mereka ada kerja tetap, menjadikan dia satu-satunya anak yang memilih kerjaya lakonan.

Pelakon Ainina Ahmad B meluahkan rasa kerinduan terhadap Allahyarham bapanya yang juga aktor terkenal, Ahmad B yang meninggal dunia pada 1 Jun 2004.


 

22 tahun sudah berlalu, Ainina tetap merindui bapanya yang pernah menjadi tempatnya bermanja, kawan untuk bercerita dan guru lakonannya.


 

Menerusi perkongsian di laman sosial, Ainina berkata dia sentiasa mendoakan arwah bapanya yang tersayang.


 

“Abah saya, Al-Fatihah. 1 Jun 2004 pukul 8 malam. Saya kehilangan seorang abah, tempat saya bermanja, kawan untuk bercerita, cikgu lakonan saya dan hari ini (Isnin) dah 22 tahun berlalu.


 

“Semoga tenang di sana abah, insyaAllah doa sentiasa ada untuk abah yang kami sayang,” kongsinya.


 

Dalam pada itu, Ainina juga mendedahkan keperibadian bapanya yang sentiasa bercakap lembut dengan anak-anak selain berkongsi pesanan arwah mengenai dunia lakonan.


 

“Sedikit saja saya kongsikan ya… abah yang terlalu baik, cakap lembut saja pada anak-anak, saya tak pernah kena pukul kalau buat salah, kalau salah dia panggil dan cakap baik-baik.


 

“Cuma satu saja abah pesan… kalau nak jadi pelakon, jangan diva, jangan sombong dan adalah lagi nanti la saya cerita. Tapi dia tak benarkan anak lelaki jadi pelakon. Kata abah, anak lelaki mesti ada kerja tetap, sebab ktu saya seorang saja jadi pelakon,” katanya.


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement