Skip to main content

Hiburan

Abang Sahkan Ustaz Kazim Dibenarkan Keluar Dari Hospital - “Perkembangan Positif Ini…”

Ustaz Kazim Elias

Sekilas

  • Ustaz Kazim Elias telah selesai menjalani rawatan di hospital dan kini dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.
  • Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias, memohon orang ramai memberi ruang dan tidak menziarahi Ustaz Kazim buat sementara waktu demi kesembuhan penuh.
  • Rawatan susulan akan diteruskan kerana terdapat implikasi jantung yang perlu dipantau.

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias dilaporkan selesai mendapat rawatan di hospital dan kini sudah pun dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Berita baik itu dikongsikan sendiri abang kepada Kazim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi hantaran di Facebook.

“Apa yang boleh saya nyatakan di sini bahawa adik saya telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumahnya.

“Perkembangan positif ini amat amat mengembirakan kami ahli keluarga dan seluruh para peminatnya.

“Kami berharap agar beliau beransur pulih,” kongsinya.

Najmuddin turut menzahirkan penghargaan buat pihak hospital yang telah memberikan rawatan sepanjang merawat adiknya.

Dalam masa yang sama, Najmuddin meminta jasa baik orang ramai untuk memberikan ruang yang ada buat adiknya untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

“Apa pun saya menyarankan agar orang ramai tidak menziarahi beliau buat seketika sehingga beliau pulih sepenuhnya.

“Buat masa sekarang hanya keluarga terdekat saja yang dibenarkan menziarahi. Pihak hospital memberitahu rawatan susulan tetap akan dilakukan kepada beliau kerana terdapat implikasi jantung yang lain..Tksh kepada semua,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ustaz Kazim dilaporkan dimasukkan ke ICU di sebuah hospital untuk menerima rawatan memasang belon pada saluran darah beberapa hari yang lalu.

Sumber: Facebook

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement