Skip to main content

Hiburan

30,000 Lampu LED Dengan Perkataan ‘Happy Ramadan’ Terangi Kawasan Sekitar London

Ramadan

Sekilas

  • West End, London dihiasi lebih 30,000 lampu LED sempena Ramadan buat tahun keempat berturut-turut.
  • Datuk Bandar Sadiq Khan menyeru perpaduan antara semua agama dan menentang Islamofobia sepanjang Ramadan.
  • Lampu LED dengan corak geometri Islam akan bertukar dari ucapan ‘Happy Ramadan’ kepada ‘Happy Eid’ pada 18 Mac.

Buat tahun keempat berturut-turut, suasana di bandar sekitar West End, London akan meriah apabila dihiasi dengan lebih 30,000 lampu LED bersempena bulan Ramadan yang mulia.

Acara yang dilakukan bagi meraikan boleh suci itu dirasmikan sendiri oleh Datuk Bandar iaitu Sadiq Khan pada Jumaat yang lalu.

Ketika menyampaikan ucapan, Sadiq menyeru penduduk kawasannya supaya terus bersatu dan bangkit melawan prasangka Barat terhadap Islamofobia.

“Marilah kita tunjukkan yang terbaik tentang London, yang terbaik tentang Britain, dan yang terbaik tentang Islam.

“Saya menyeru umat Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Sikh serta semua tanpa mengira agama untuk bersama-sama sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, Sadiq turut menggesa orang ramai agar mengingati mereka yang sedang menderita di kawasan konflik seperti Sudan, Gaza dan Ukraine

Sementara itu, lampu LED yang diinspirasikan daripada corak geometri Islam akan menerangi bandar dan jalan sekitar Leicester dengan lampu ucapan ‘Happy Ramadan’ sebelum bakal ditukar kepada ‘Happy Eid’ pada 18 Mac hadapan.

Sumber: Yahoo News

Anda mungkin berminat dengan

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

GOOJODOQ High-Speed 90° Adjustable Angle Quite Desk Fan With LED Display

GOOJODOQ High-Speed 90° Adjustable Angle Quite Desk Fan With LED Display

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

GOOJODOQ 2025 New High Speed ​​Desktop Fan 100 Speed ​​Digital LED Display RGB Wall Mount Adjustable Turbo Fan

GOOJODOQ 2025 New High Speed ​​Desktop Fan 100 Speed ​​Digital LED Display RGB Wall Mount Adjustable Turbo Fan

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

Must-Watch Video

Advertisement