Sekilas
- Amira Othman terus aktif mencari rezeki dengan membuat siaran langsung di media sosial walaupun sedang mengandung.
- Dia mengakui masih mahu bekerja walaupun mudah mengah dan tidak mahu rasa bosan duduk di rumah.
- Netizen memberikan doa dan cadangan untuk memastikan proses kehamilan Amira berjalan lancar.
Walaupun sedang mengandung, penyanyi Amira Othman tetap berusaha mencari rezeki menerusi siaran langsung di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Amira mengakui dirinya masih mahu meneruskan kerja meskipun dalam keadaan mudah mengah.
"Mak buyong hujung-hujung ini walaupun dah mengah tetaplah sertai program dan buat Live," tulisnya.
Menurut Amira, dia tetap nekad untuk bekerja kerana tidak mahu berasa bosan apabila berada di rumah.
"Kalau duduk rumah lagi mak buyong boring sebab tak kerja," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Amira selain mencadangkan cara agar proses kehamilannya berjalan dengan lancar.