Seorang individu berkongsi pengalaman manisnya ketika berkunjung ke Masjid At-Taqwa TTDI bagi menunaikan ibadah berbuka puasa dan solat tarawih sepanjang Ramadan.
Menurutnya, suasana di masjid tersebut bukan sahaja meriah, malah cukup mesra serta menyenangkan, terutama buat mereka yang mungkin pertama kali hadir.
Sebaik tiba di masjid, individu berkenaan memaklumkan dia dibantu oleh pembantu masjid untuk mencari tempat duduk kosong bagi berbuka puasa.
Lebih menyentuh hati, seorang jemaah wanita yang duduk bersebelahan turut berkongsi maklumat mengenai ruang solat di tingkat atas yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
“Masa sampai, pembantu masjid bantu carikan tempat kosong. Aunty sebelah time berbuka siap share kalau solat kat atas ada aircond,” kongsinya.

Suasana semakin terasa akrab apabila dia berpeluang berbual panjang ketika moreh bersama salah seorang ahli kariah yang dikenali sebagai Pakcik Kamarul yang juga membantu menguruskan makanan.
Menurutnya, perbualan santai itu membuatkan dia berasa benar-benar dialu-alukan sebagai sebahagian daripada komuniti.
"Masa sampai, pembantu masjid bantu carikan tempat kosong. Aunty sebelah time berbuka siap share if solat kat atas ada aircond.
"Masa moreh berborak lama juga dengan Pakcik Kamarul, one of the Kariah and yang jaga makanan. And kami nak balik terpaksa lalu lautan lelaki. Pakcik Kamarul teman sampai tempat kasut," ujarnya.
Bagaimanapun, dia sempat berseloroh bahawa imam yang memimpin solat tarawih bukan dalam kategori ‘Pace 4’, merujuk kepada bacaan yang tidak terlalu laju seperti yang sering menjadi perbualan dalam kalangan jemaah.