Sekilas
- Seorang pengguna Threads memuji tandas Masjid At-Taqwa TTDI yang bersih, cantik dan selesa seperti hotel.
- Reka bentuk tandas tersebut moden, minimalis dengan tona cerah dan susun atur kemas mendapat pujian ramai.
- Pengguna lain turut berkongsi lokasi masjid lain dengan tandas yang setanding dari segi kemudahan dan estetika.
Satu perkongsian di Threads baru baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna memuji kemudahan tandas di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail yang disifatkan bukan sahaja bersih, malah cantik dan selesa seperti hotel.
Pengguna yang menggunakan nama @natulisback memulakan perbincangan dengan menyatakan isu berkenaan masjid itu sedang hangat diperkatakan, namun dia memilih untuk memuji satu perkara yang tidak boleh dinafikan.
“Despite isu Masjid At-Taqwa TTDI yang tengah hangat dekat thread ni, satu benda memang tak boleh dinafikan — toilet dia CANTIK, ok. Mak lurve sangat design dia. Berangan betul nak ada toilet macam ni. I’m obsessed! Siapa interior designer dia? Please munculkan diri.
“Gambar diambil Mei 2023. Tengah scroll gambar. Jumpa jugak gambar lama. Nasib function betul search button phone ni, search by masjid je, dah keluar," tulisnya.

Perkongsian itu turut disertakan beberapa keping gambar yang memaparkan reka bentuk dalaman tandas masjid berkenaan yang tampil moden dan minimalis dengan tona cerah serta susun atur kemas.
Ruangan komen turut dibanjiri reaksi positif daripada pengguna lain yang bersetuju dengan pujian tersebut. Seorang pengguna, turut mengakui keselesaan tandas berkenaan.
“Betul, toilet Masjid TTDI cantik and selesa betul, nak shower pun selesa.”



Pemilik akaun asal kemudian membalas dengan menyatakan sukar untuk menemui tandas masjid lain yang setanding dari segi reka bentuk dan estetika.
“Kannn. Tak jumpa lagi toilet masjid lain secantik ni.”
Ada juga pengguna lain berkongsi lokasi masjid lain yang menawarkan kemudahan setanding.
“Masjid Al-Sultan Abdullah pun toilet cantik juga and besar. Also, Masjid Terapung Penang, tu pun cantik gile! Tapi Masjid TTDI ni cantik and cosy aesthetically very pleasing la to the eyes," tulis pengguna berkenaan.