Skip to main content

Viral

"Macam Mana Nak Jadi Macam Neelofa Ya?" - Dr Malar Tepis Tekanan ‘Mom Comparison’, Kongsi Nasihat Realistik Untuk Ibu-Ibu Yang Letih Cuba Jadi Sempurna

malar_mom

Ringkasan AI

  • Seorang pengguna media sosial kagum dengan Neelofa yang masih sempat menguli tepung bersama anak walaupun sibuk uruskan perniagaan dan keluarga.
  • Pengguna itu bertanya rahsia Neelofa untuk kekal seimbang antara kerja, aktiviti usrah dan masa keluarga.
  • Dr Malar Santhi menasihatkan jangan bandingkan diri dengan artis kerana mereka ada sistem sokongan dan bantuan kerja rumah.
  • Dr Malar ingatkan media sosial hanya tunjuk sisi rajin, bukan penat atau malas yang sebenar.
  • Nasihat utama ialah buat yang mampu, jangan segan minta tolong dan jangan rasa bersalah untuk berehat bila perlu.

Seorang pengguna media sosial baru-baru ini meluahkan kekaguman terhadap figura usahawan dan selebriti terkenal Neelofa yang masih mampu meluangkan masa menguli tepung bersama anak-anak meskipun sibuk menguruskan perniagaan, menghadiri aktiviti usrah serta mengimbangi masa bersama keluarga.

Pengguna itu mengakui berasa kagum dengan kemampuan Neelofa membahagikan masa dengan begitu baik dan bertanya apakah rahsianya untuk mengekalkan keseimbangan tersebut.

Komen itu mendapat perhatian doktor dan pempengaruh kesihatan terkenal, Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang kemudian membalas dengan jawapan yang jujur dan tenang.

Dr Malar menasihatkan agar masyarakat tidak membandingkan diri mereka dengan artis atau influencer kerana kebanyakan mereka mempunyai sistem sokongan yang kukuh dan mampu mendapatkan bantuan untuk kerja-kerja rumah. Katanya, realiti kehidupan sebenar tidak seindah apa yang sering dilihat di media sosial.

“Jangan bandingkan diri dengan artis atau influencer. Mereka termasuk saya ada strong support system dan boleh bayar untuk help. Tepung memang dia uli, tapi siapa beli tepung, basuh semua peralatan, kemas dapur, susun balik semua? Siapa cuci baju, sidai, iron, lipat, susun semua?” tulisnya.

Dr Malar turut mengingatkan bahawa tidak semua perkara yang dikongsikan di media sosial mencerminkan realiti sepenuhnya. Biasanya, hanya sisi rajin yang ditunjukkan manakala sisi penat dan malas jarang ditampilkan. Katanya, yang rajin ditunjuk, yang malas tidak dipost termasuk dirinya sendiri.

"So, YOU DO YOU! Buat sekadar yang diri sendiri mampu dan jangan segan untuk minta tolong. Paling penting, jangan rasa bersalah untuk berehat bila perlu," tambahnya lagi.

Komen Dr Malar menerima pelbagai reaksi positif. Ramai ibu mengakui mereka sering berasa terbeban apabila membandingkan diri dengan tokoh terkenal yang kelihatan mampu melakukan semuanya tanpa keluhan.

Nasihat Dr Malar dianggap satu peringatan tepat waktu bahawa setiap orang mempunyai kemampuan, batas dan sistem sokongan yang berbeza.

Apa yang penting, kata mereka, ialah untuk tidak terlalu menekan diri demi memenuhi gambaran sempurna yang sering ditonjolkan dalam talian. 

Must-Watch Video

Advertisement