Skip to main content

Gaya Hidup

Lebih 45% Pasangan Muda Terjerat Hutang Lepas Kahwin, Ini Puncanya

astrogempak_kahwin_2.png

Di Malaysia, ramai pasangan muda yang ‘terjerat’ dengan hutang selepas melangkah ke alam perkahwinan hanya kerana mahu mengadakan majlis kahwin yang kelihatan mewah dan ‘grand’.


Menurut pendidik kewangan, Faiz Azmi terdapat pasangan yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit semata-mata untuk menampung kos majlis perkahwinan. 


“Secara realiti, dekat Malaysia memag wujud pasangan yang pinjam duit daripada bank, buat personal loan semata-mata sebab nak buat majlis kahwin yang grand. 

“Lebih daripada 45% daripada pasangan muda terjerat hutang selepas kahwin dan salah satu punca besar dia adalah pinjaman untuk majlis perkahwinan.Bukannya dia buat pinjaman tu sebab nak buat rumah. Bukannya sebab dia nak beli kereta yang lebih selesa untuk keluarga dia tapi sebab semata-mata nak jadi raja sehari,” katanya.

Tambahnya, fenomena ini berlaku bukan kerana keperluan mendesak tetapi disebabkan tekanan sosial termasuk tekanan keluarga, rasa tidak mahu kalah dengan saudara-mara, rakan-rakan serta keinginan untuk mengadakan majlis yang dianggap ‘wedding of the year’.

Hakikatnya, kata Faiz selepas majlis selesai, apa yang tinggal hanyalah pasangan itu sendiri dan beban hutang yang perlu ditanggung selama bertahun-tahun.


“Kenapa benda-benda macam ni boleh jadi? Ia disebabkan tekanan sosial yang berlaku disekiling mereka. 

“Secara hakikatnya, habis je majlis tu yang tinggal cuma you, pasangan you dan yang paling besarlah yang akan kekal dengan you for the next 5, 6, 7, 10 years adalah hutang personal loan you itu. 

“Kahwin ni adalah ibadah.Syarat sah nikah ada 5. Benda ni setiap video ada ulang-ulang-ulang banyak-banyak kali, pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, hijab dan kabul. Tak ada pun dalam satu daripada 5 syarat sah nikah ni yang cakap kena buat majlis kahwin yang besar-besar,” tambahnya. 

Faiz juga menegaskan bahawa ilmu berkaitan perkahwinan sebenarnya telah diajar sejak di bangku sekolah dan diulang semula menerusi kursus pra-perkahwinan, namun masih ada yang memilih untuk mengabaikannya demi memenuhi ekspektasi orang lain.

Mengakhiri perkongsiannya, Faiz mengajak orang ramai untuk bermuhasabah dan berkongsi pengalaman agar ia menjadi pengajaran kepada pasangan lain supaya tidak memulakan alam rumah tangga dengan beban hutang yang tidak perlu.

Must-Watch Video

Advertisement