Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ke-18 menampilkan Inspektor Sani dan Sarjan Ain memasak menu seperti Nasi Lemuni Sambal Bilis dan Kuih Bakar Susu.
- Resipi lengkap kedua-dua menu menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama dan disediakan dengan langkah mudah untuk diikuti.
- Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari program tersebut.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kelapan belas yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Sarjan Ain (Isyariana) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Lemuni Sambal Bilis dan Kuih Bakar Susu.
Drama apa yang akan terjadi antara Sarjan Ain dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI LEMUNI SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
500gram Beras
2 cawan Air kisaran daun lemuni
1cup Susu Goodday Full Cream
1 sudu makan Hampas daun lemuni
3 ulas Bawang putih (cincang halus)
3 biji Bawang besar kecil (belah 4)
1 kayu manis, 2 bunga lawing, 3 buah pelaga
1 sudu besar Butter
1 sudu kecil Garam
1 sudu makan Gula pasir
½ sudu kecil Lada putih
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras dan tapis.
2. Tuang susu GOODDAY dan air kisaran. Gaul sekata.
3. Campur semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan gaul sebati.
4. Teruskan memasak sehingga nasi masak.
Bahan sampingan:
Ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun, telur rebus
SAMBAL BILIS
100g Ikan bilis kopek (cuci & toskan)
1kg Cili kisar
3 ulas Bawang putih
2 biji Bawang merah
1 cawan Air
2 sudu besar Gula pasir
Garam
Serbuk perasa
1 sudu besar Air asam jawa
Cara-cara:
1. Kisar bawang dan bawang putih.
2. Tumis kisaran bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, air asam jawa, dan semua perisa. Didih sebentar.
4. Masukkan ikan bilis dan cili hijau. Masak selama 5 minit.
5. Hidang.
#2 KUIH BAKAR SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Santan
½ cawan Susu GOODDAY Strawberi
½ cawan Gula perang
2 biji Telur A
1 sudu besar Emulco strawberi
Secubit Garam
½ cawan Bijan putih
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan di dalam blender hingga halus.
2. Bakar Kuih
3. Sediakan loyang / acuan, sapu sedikit minyak.
4. Tuang adunan ke dalam Loyang sehingga penuh.
5. Letak bijan
6. Bakar dalam oven 200°C selama 40-45 minit.
7. Hidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.