Skip to main content

Gaya Hidup

Keliru Nak Buat e-Filing? Ikuti 6 Langkah Mudah Ini

Income Tax

Musim cukai kembali lagi!

Setiap kali 1 Mac tiba, pasti ramai yang mula panik dan tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengisi e-Filing dengan betul.

Menyedari kekeliruan yang sering berlaku,salah seorang pengguna media sosial, Farid Affy, berkongsi panduan ringkas dan mudah difahami untuk membantu orang ramai mengisi Income Tax tanpa stres.

Berikut panduan yang dikongsikan oleh Farid menerusi hantran di platform X: 
 


Langkah 1: Pastikan Dokumen Lengkap

Sebelum log masuk ke sistem, pastikan semua dokumen penting sudah tersedia:

  • ✅ Borang EA (daripada pihak HR)
     
  • ✅ Jumlah PCB (Potongan Cukai Bulanan) setahun – rujuk EA Form atau slip gaji
     
  • ✅ Resit pelepasan cukai (jika ada)
     

Dokumen ini penting bagi memastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan tidak sekadar anggaran.

 


Langkah 2: Log Masuk MyTax

Layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://mytax.hasil.gov.my

Kemudian:

  • Log masuk menggunakan nombor IC dan kata laluan
  • Pilih menu e-Filing
  • Pilih Tahun Taksiran 2025
  • Pilih Borang BE (untuk individu makan gaji)

Sekiranya mempunyai pendapatan perniagaan atau side income, anda perlu menggunakan Borang B.

 

 

Langkah 3: Isi Bahagian Pendapatan

Rujuk angka yang tertera dalam EA Form dan masukkan dengan tepat:

  • Pendapatan kasar
  • Caruman KWSP
  • PCB (MTD)

    Elakkan mengisi secara agak-agak kerana kesilapan boleh menyebabkan semakan atau penalti.


Langkah 4: Isi Pelepasan Cukai

Bahagian ini sangat penting kerana di sinilah anda boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Isi setiap kategori pelepasan yang berkaitan satu per satu berdasarkan resit yang ada.

Perhatian khusus perlu diberikan pada pelepasan kategori Lifestyle yang mempunyai had maksimum RM2,500. Pastikan jumlah yang diisi adalah tepat mengikut resit sebenar.

 

Langkah 5: Semakan Automatik Sistem

Sistem akan mengira secara automatik:

  • Jumlah cukai sebenar setahun
  • Tolak jumlah PCB yang telah dibayar
  • Jika PCB melebihi cukai sebenar, anda akan menerima bayaran balik (refund), namun jika PCB kurang, anda perlu membuat bayaran tambahan.

 

Langkah 6: Hantar & Simpan Bukti

Sebelum menghantar:

  • Semak semula semua maklumat
  • Tandakan pengakuan
  • Klik hantar
  • Simpan acknowledgment slip sebagai rujukan
     

Jika layak menerima refund, kebiasaannya bayaran akan dimasukkan ke akaun dalam tempoh dua hingga enam minggu.


Perkara Penting Yang Perlu Diingat

  • EA Form perlu diminta daripada pihak HR
  • e-Filing dibuka bermula 1 Mac setiap tahun
  • Tarikh akhir penghantaran Borang BE adalah pada 30 April

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua. 

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement