Skip to main content

Viral

Konflik Asia Barat: Zhiddin Aziz Terkandas Selepas Tunai Umrah, Mohon Doa Orang Ramai Selepas Penerbangan Dibatalkan

WhatsApp Image 2026 03 01 at 12.02.26 PM

Sekilas

  • Zhiddin Aziz berkongsi penerbangannya terpaksa dibatalkan akibat konflik Iran-Israel yang sedang berlaku.
  • Beliau memohon doa agar keselamatan mereka terpelihara dan dijauhkan daripada kesan peperangan tersebut.
  • Netizen turut memberikan sokongan dan harapan agar konflik itu segera berakhir dengan keamanan.

Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz berkongsi bahawa penerbangan pulangnya terpaksa dibatalkan susulan konflik Iran-Israel.

Menerusi perkongsian di Threads, Zhiddin memuat naik tangkap layar perbualan bersama ahli keluarga yang bertanyakan kepastian mengenai urusan perjalanannya selepas selesai menunaikan umrah.

Dalam hantaran sama, Zhiddin yang terkenal dalam memartabatkan Bahasa Melayu itu turut memohon doa orang ramai agar keselamatan mereka sentiasa terpelihara dan dijauhkan daripada tempias peperangan tersebut.

"Tolong doakan kami ya sedaghe. Penerbangan terpaksa dibatalkan saat akhir, susulan khabar peperangan yang mula bergegar. Semoga kita semua berada di bawah lembayung-Nya," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar segala urusan Zhiddin dipermudahkan serta berharap konflik berkenaan segera berakhir dengan perdamaian.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

Uniqlo Puffy Shoulder Bag

Uniqlo Puffy Shoulder Bag

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Softride Enzo 5 Running Shoes

Softride Enzo 5 Running Shoes

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement