Sekilas
- Mamat Exists, 48, kini sudah bersedia untuk mencari peneman hidup selepas 17 tahun bercerai dengan bekas isteri pada 2009.
- Mamat menegaskan pentingnya mengambil kira pandangan anak-anak sebelum membuka hati kepada hubungan baru.
- Mamat mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dan kini hidup lebih stabil serta fokus pada pemulihan diri.
Penyanyi, Mamat Exists, 48, memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk kembali mencari peneman hidup selepas 17 tahun bercerai dengan bekas isteri, Marshila Mustapa Kamal pada 24 Februari 2009 lalu.
Menurut Mamat, fasa kehidupannya kini lebih stabil dan terbuka untuk menerima kehadiran insan baharu dalam hidupnya selepas sekian lama memberi fokus untuk pemulihan diri sendiri.
“Saya sedang mencari jodoh, sebenarnya kalau ikutkan padal jodoh ni… Dulu adalah.
“Tapi itulah nak jaga diri sendiri pun susah macam mana nak jaga anak orang. Sekarang ni baru nak tersedar. Orang kata sudah terhantuk baru terngadah.
“Tak nak ceritalah mengenai hal itu, malulah, no komen,” ujarnya.
Mamat berkata demikian ketika ditemui pada majlis berberbuka puasa dan sidang media Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang berlangsung di Restoran Saloma pada Khamis.
Bagaimanapun kata Mamat, soal jodoh bukan hanya melibatkan dirinya, malah perlu mengambil kira pandangan anak-anak agar tidak timbul sebarang salah faham atau rasa kurang senang mereka.
“Sudah berpuluh tahun saya bergelar duda. Saya mula menjadi duda sejak anak saya, Aleeya Mysara berumur tujuh tahun, saya bercerai.
“Sekarang umurnya sudah sudah 24 tahun, 17 tahun saya menjadi bujang. Tapi itulah, kalau kita buka hati untuk mencari jodoh pun, kita kena tanya anak-anak juga.
“Takut anak-anak tak setuju pun susah juga. Tapi kalau dia sayang bapa dia, no problem jalan terus. Jadi untuk anak-anak, saya nak cari jodoh,” katanya ketawa.
Sebelum ini, Mamat pernah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan dengan Marshila, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniell dan Dylea Mysara.