Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: Kari Kepala Ikan Jenahak Paling Kick! 5 Sebab Kenduri Senja Kena Dengan Jiwa Klasik Ramadan Ini

kenduri_senja_jenahak

Sekilas

  • Kenduri Senja adalah kolaborasi pertama antara Demangan dan WG Glassville yang menawarkan pengalaman berbuka puasa dengan suasana eksklusif dan selesa.
  • Menu utama termasuk Kari Kepala Jenahak yang disajikan secara individu, bersama lebih 100 juadah tradisional dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Harga berpatutan bermula dari RM75++ untuk dewasa dengan kemudahan tempahan melalui laman web, WhatsApp dan Instagram Demangan.

Ramadan bukan sekadar tentang berbuka puasa, tetapi ruang untuk menghargai tradisi, kebersamaan dan pengalaman yang lebih bermakna.

Itulah semangat yang dibawa menerusi Kenduri Senja, hasil kolaborasi sulung Demangan bersama WG Glassville, yang menandakan Ramadan pertama jenama restoran Melayu klasik ini.

Berikut lima perkara menarik yang menjadikan Kenduri Senja antara pengalaman berbuka yang menarik tahun ini.

1) Kolaborasi sulung Demangan & WG Glassville

Pemilihan WG Glassville sebagai lokasi bukan dibuat secara kebetulan. Menurut Pengasas Bersama Demangan, Aida Rahim, ruang tersebut dipilih kerana keserasian dengan visi jenama.

“WG Glassville menawarkan ruang yang luas, tersusun dan berkarakter, selari dengan visi Demangan untuk membawa pengalaman santapan Melayu klasik ke tahap yang lebih eksklusif dan bermakna,” katanya.

Kolaborasi ini juga membuka laluan awal untuk Demangan mengembangkan konsepnya ke lokasi lain tanpa mengorbankan identiti dan hospitaliti yang menjadi teras jenama.

2) Kari Kepala Jenahak jadi sajian utama

Sebagai restoran yang berakar pada resipi tradisional, Demangan terus mempertahankan identitinya menerusi hidangan ikonik Kari Kepala Jenahak, diinspirasikan daripada resipi Johor dan Negeri Sembilan.

Menariknya, di Kenduri Senja, hidangan ini disajikan secara individu kepada setiap tetamu, satu pendekatan yang jarang ditawarkan dalam konsep bufet dan menzahirkan komitmen Demangan terhadap kualiti serta pengalaman eksklusif.

3) Suasana berbuka puasa yang selesa dan terkawal

Dengan kapasiti maksimum sekitar 200 orang pada satu-satu masa, Kenduri Senja menawarkan pengalaman berbuka yang lebih selesa dan teratur.

Elemen tambahan seperti live stalls, Kids Corner serta alunan muzik tradisional Melayu melengkapkan suasana, menjadikannya sesuai untuk keluarga, rakan mahupun majlis berbuka korporat dalam suasana yang tenang dan intim.

4) Lebih 100 juadah tradisi Nusantara

Kenduri Senja menampilkan lebih 100 jenis juadah, merangkumi masakan tradisional Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, selain sajian pelengkap seperti Kambing Golek, Seafood Bakar dan Yong Tau Fu.

Demangan mengekalkan standard kualiti melalui penggunaan bahan mentah segar daripada pembekal tempatan serta penyediaan di dapur berpusat oleh pasukan chef berpengalaman, bagi memastikan rasa dan persembahan kekal konsisten sepanjang Ramadan.

5) Harga berpatutan

Walaupun Kenduri Senja diperkenalkan sempena Ramadan, ia turut berfungsi sebagai platform Demangan mendekati komuniti dan pelanggan setia, selain menguji potensi kolaborasi strategik pada masa hadapan.

“Kolaborasi seperti ini memberi fleksibiliti kepada Demangan untuk berkembang secara organik, memperkenalkan pengalaman baharu dan mendekati komuniti yang lebih luas, sambil memastikan nilai tradisi dan kualiti terus terpelihara,” tambah Aida.

Selepas Ramadan, Demangan merancang untuk terus berkembang dengan identiti Melayu klasik sambil meneroka konsep yang lebih moden dan eksklusif.

Info Ringkas Kenduri Senja

Harga Early Bird (21 Jan – 31 Jan)
• Dewasa: RM75++
• Warga Emas & OKU: RM69++
• Kanak-kanak (4–12 tahun): RM45++

Harga Normal
• Dewasa: RM89++
• Warga Emas & OKU: RM69++
• Kanak-kanak (4–12 tahun): RM45++

Semua harga tidak termasuk Caj Perkhidmatan 10% dan SST 6%.

Tempahan
• Laman web: kendurisenja.demangan.com.my
• WhatsApp (korporat/berkumpulan): 011-1310 5820
• Instagram: @demangan.bangi

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Demangan Bangi (@demangan.bangi)

 

Anda mungkin berminat dengan

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement