Sekilas
- Eyka Farhana berkongsi pengalaman craving lobster dan makanan laut sepanjang kehamilan anak pertamanya.
- Dia juga mengimbau bagaimana suami dan keluarganya memastikan dia minum air kelapa dua kali sehari sepanjang tempoh mengandung.
- Eyka baru sahaja selamat melahirkan anak pertama selepas berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada Mei 2025.
Pelakon, Eyka Farhana berkongsi pengalaman mengenai tabiat mengidam atau craving sepanjang tempoh kehamilan anak pertamanya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Eyka berkata dia sering teringin menikmati lobster setiap bulan, malah kebanyakan makanan yang dipesan sepanjang hamil terdiri daripada makanan laut dan daging.
“Saya masih ingat lagi saya craving nak makan lobster setiap bulan sepanjang saya mengandung. Menu makanan laut (seafood) dan daging sahaja yang saya pesan setiap hari,” tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Juvana itu turut mengimbau momen apabila suami dan keluarganya sering memastikan dia mengambil air kelapa sepanjang kehamilan.
“Saya masih ingat lagi momen dipaksa minum air kelapa dua kali sehari sepanjang kehamilan saya oleh suami dan keluarga,” ujarnya.
Terdahulu, Eyka berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama.
Sekadar info, Eyka mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025.