Skip to main content

Selebriti

Didakwa Buat Badan Sebab Nak Cari Duit Haram, Ini Respons Ezaidi Aziz - “Saya Sebenarnya Ada Masalah Kurang Keyakinan Diri & Pemalu…”

ASTROGEMPAK Ezaidi

Sekilas

  • Pelakon Ezaidi Aziz menafikan dakwaan bahawa usahanya membina badan adalah untuk mencari sumber pendapatan haram dan menjelaskan ia semata-mata untuk memenuhi tuntutan kerjaya lakonan.
  • Ezaidi berkata perubahan fizikal selepas beberapa bulan latihan gim meningkatkan keyakinan dirinya, terutama dalam menghadapi watak yang memerlukan penampilan segak dan tegap.
  • Beliau menganggap tuduhan tersebut tidak wajar dan menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.

Pelakon Ezaidi Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa usahanya untuk kembali membina badan adalah untuk mencari sumber pendapatan haram.

 

Ezaidi atau nama sebenarnya Mohamed Ezaidi Ab Aziz, 31, menjelaskan tujuan dia kembali ke gim hanyalah demi memenuhi tuntutan kerjaya lakonan.

 

“Eh, tidaklah. Saya tidak terlintas untuk ada tujuan ke arah itu pun. Memang tidak pernah terfikir. Saya kembali buat badan seperti dulu kerana komitmen kerja. 

 

“Hanya untuk nampak kesihatan diri sendiri dan tambah keyakinan untuk diri sendiri di dalam skrin. Sebelum ini saya sedang dalam penggambaran dan watak yang diberi pun meminta saya menjadi seakan-akan Prince Mateen iaitu segak dan tegap. 

 

“Jadi saya ambik inisiatif untuk bina badan balik. Itulah tujuan sebenarnya. Yang fasal cari duit haram itu, saya tidak ada hak untuk halang sesiapa untuk bercakap. Cukup saya sendiri tau niat saya sebenarnya," katanya. 

 

Menurut Ezaidi, perubahan fizikal yang dilalui selepas beberapa bulan menjalani latihan di gim turut meningkatkan tahap keyakinan dirinya.

 

“Kalau dahulu saya kurus, rasa macam tak berapa yakin, tapi sekarang ini saya ada rasa yakin dan selesa berhadapan dengan orang.

 

“Saya sebenarnya ada masalah kurang keyakinan diri, dan pemalu. Jadi saya rasa ini buat saya sedikit sebanyak tambah keyakinan diri saya,” tambahnya. 

 

Dalam pada itu, Ezaidi mengakui tidak memahami dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak wajar.

 

Malah Ezaidi menganggap setiap spekulasi yang timbul seharusnya mendapat jawapan daripada tuan badan sendiri sebelum disebarkan kepada umum. 

 

“Saya tak tahu kenapa dia komen seperti itu. Bagi saya, kita ni manusia tak lari dari buat salah. Jangan cepat menghukum orang sebab takut kata kata itu berbalik kepada kita balik.

 

“Kalau tidak tahu cerita yang sebenarnya, sepatutnya lebih baiklah kita tidak berkata apa-apa,” katanya.

 

Terdahulu, hantaran Ezaidi di Threads yang memaparkan dirinya sedang membina badan mengundang kecaman segelintir netizen.

 

Malah, ada yang mendakwa tindakannya itu bertujuan untuk ‘memancing’ golongan kenamaan.

Anda mungkin berminat dengan

OKDSHOP Men's Thermal Underwear Set, Fleece Lining Cold Weather Warm Long Johns for Men, High Elasticity Winter Top & Bottom Set

OKDSHOP Men's Thermal Underwear Set, Fleece Lining Cold Weather Warm Long Johns for Men, High Elasticity Winter Top & Bottom Set

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

Must Watch Video

Advertisement